Friday , January 19 2018
Home / Apa Cerita / PH Johor Desak Menteri Tenaga Bertindak Segera

PH Johor Desak Menteri Tenaga Bertindak Segera

51372345374_freesizeDalam satu kenyataan bersama Pimpinan Pakatan Harapan Johor, telah mendesak agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat dan meneliti punca berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik yang besar di kawasan Perling, Johor Bahru.

Insiden tersebut berlaku pada 12 Disember lepas melibatkan kerosakan yang besar (major breakdown) berlaku di pencawang masuk utama Perling. Gangguan ini meliputi kawasan Taman Bukit Indah termasuk Country Garden, Paradigm Mall, Horizon Hill, Taman Sutera Utama, Nusa Idaman, sebahagian Taman Ungku Tun Aminah dan sebahagian Taman Perling selama lebih 10 jam.

Dari laporan yang diterima, bekalan elektrik telah terputus sehingga lebih 40 jam di kawasan perumahan sekitar lokasi kejadian dan lebih 72 jam di pusat membeli belah Aeon Bukit Indah. Keseluruhan insiden ini telah melibatkan sekitar 18,000 pengguna.

“ Sehingga kini masih tiada sebarang respon dari Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili terhadap tindakan lanjut yang bakal diambil oleh pihak beliau untuk mangsa yang terlibat serta menerima kerugian akibat insiden ini, ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Johor.

“ Kami mendesak agar beliau bertindak segera, tambah Tan Sri.

Dalam perkembangan yang sama PH Johor menyifatkan kegagalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hanya akan mempamerkan kelemahan urus selia pembekalan elektrik oleh pihak Kerajaan.

Menurut Pimpinan PH Johor, kawasan yang terlibat adalah terletak dalam lingkungan Iskandar Malaysia yang sedang pesat membangun.

Ia merupakan kawasan penting melibatkan ribuan peniaga di pelbagai lapangan perniagaan tempatan dan juga pelaburan luar negara.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku bukan sahaja membawa kerugian kepada rakyat kita, malah telah menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur disini. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>