Friday , January 19 2018
Home / Apa Cerita / PH Johor Bantah Sikap SPR

PH Johor Bantah Sikap SPR

Polis 3Dalam satu kenyataan media bersama, YB Tan Hong Pin dan YB Tan Chen Choon menyifatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersikap berat sebelah dalam Siasatan Awam yang berlangsung dari 4 Disember hingga 10 Disember berkenaan pendaftaran pemilih di Kem Segamat yang masih dalam pembinaan.

Kem Segamat yang belum lagi siap pembinaannya telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Seremban YB Anthony Loke Siew Fook di Dewan Rakyat pada 27 November yang lalu.

Namun dokumen atau bukti yang dibentangkan iaitu penyata rasmi Dewan Rakyat tidak diterima sebagai bukti untuk menunjukkan bahawa kem masih belum siap dibina malah pembantah diminta membawa Timbalan Menteri Pertahanan untuk menghadiri pendengaran sebagai saksi.

“Kami membantah sekeras-keras kelakuan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ternyata berat sebelah tanpa mempertimbangkan bukti-bukti yang sahih dalam Siasatan Awam, ujar Tan Hong Pin yang juga Adun Mengkibol.

Adun Jementah, Tan Chen Choon menyenaraikan beberapa ketidakadilan yang dalam sesi pendengaran tersebut antara ;

  1. Pembantah dinafikan hak untuk diwakili oleh peguam. Mereka dinafikan hak untuk mendapatkan bantuan penterjemah khasnya apabila sesi pendengaran menyentuh perkara teknikal perundangan.
  2. Mereka juga dinafikan hak untuk membawa masuk saksi untuk menghadiri pendengaran
  3. Mereka tidak dibenarkan untuk menyemak dokumen atau bukti yang dibentangkan oleh pihak Orang Kena Bantah malah ada di kalangan mereka yang dinafikan hak untuk melihat dokumen-dokumen tersebut.
  4. Dokumen atau bukti yang dibentangkan seperti penyata rasmi Dewan Rakyat tidak diterima sebagai bukti untuk menunjukkan bahawa kem masih belum siap dibina malah pembantah diminta membawa Timbalan Menteri Pertahanan untuk menghadiri pendengaran sebagai saksi
  5. Pembantah juga dinafikan hak untuk mengemukakan soalan satu per satu kepada anggota-anggota tentera yang menghadiri pendengaran

“ SPR yang sepatutnya berperanan sebagai pengadil telah bertindak memihak kepada pihak Kementerian tanpa mengambil kira bukti-bukti yang dibentangkan oleh semua pembantah.

“ Malah pembantah berasa seolah-olah pihak SPR telah bertindak sebagai pembela kepada tindakan tersebut. Ujar Hong Pin.

Bantahan ini dibuat berikutan terdapatnya 1,051 pemilih anggota tentera dan pasangan mereka telah didaftarkan di suatu lokaliti baru dinamakan Kem Segamat di bahagian pilihanraya P140 Segamat dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ketiga tahun 2017. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>