Friday , January 19 2018
Home / Apa Cerita / Soalan Harus Dibalas Dengan Jawapan, Bukan Siasatan – Liew Chin Tong

Soalan Harus Dibalas Dengan Jawapan, Bukan Siasatan – Liew Chin Tong

liew-chin-tongjohorLiew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor menyifatkan bahawa tindakan Polis telah menetapkan satu duluan yang berbahaya apabila mahu menyiasat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi selepas membangkitkan dokumen kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di DUN 27 November lalu.

Dalam satu kenyataanya, beliau mengingatkan tentang kekebalan (imuniti) yang dinikmati wakil rakyat untuk berbahas dalam Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Siasatan polis terhadap ucapan yang dibuat dalam DUN menetapkan duluan bahaya yang mencabuli hak dan keistimewaan wakil rakyat untuk membangkitkan soalan dan isu bagi pihak rakyat,” katanya dalam kenyataan

“Ucapan yang dibuat di Parlimen atau DUN diberikan imuniti bagi membenarkan wakil rakyat bersuara tanpa takut dan berat sebelah.

Beliau berkata, soalan Wong (gambar) kepada Khaled sepatutnya dibalas dengan jawapan, bukannya siasatan polis.

Kelmarin, polis meminta Wong untuk hadir ke sesi soal siasat Jumaat, semalam. Permintaan ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia berikutan soalan Shu Qi pada sidang DUN 27 November lalu, yang mana beliau telah merujuk dokumen kenyataan saksi tersebut yang disebarkan melalui sebuah blog. Ia antara lain mendakwa Khaled menerima suapan RM12 juta bagi menukarkan status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera.

SPRM mengesahkan pembocoran dokumen berkenaan dan telah membuat laporan polis. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>