Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / Jawapan Khaled Nordin Kontradik – PH Johor

Jawapan Khaled Nordin Kontradik – PH Johor

Demo-PH-Dun-Johor-1Dalam stau kenyataan media Pakatan Harapan Johor yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengeusi PH Johor bersama Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Pengerusi PPBM Johor. Aminulhuda Hassan, Pengerusi AMANAH Johor, Hassan Karim, Pengerusi PKR Johor dan Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin atas jawapan berhubung soalan YB Senai, Wong Shu Qi berkaitan skandal hartanah dalam sidang dewan minggu lepas.

Dalam kenyataan tersebut, PH Johor mempersoalkan kenyataan Menteri Besar sebagai kotradik apabila beliau mendakwa soalan YB Senai sebagai tuduhan tidak berasas sedangkan Khaled Nordin sendiri dalam jawapan itu menyatakan dengan jelas bahawa soalan itu adalah ‘rahsia rasmi kerajaan’.

“ Sekiranya Khaled mendapati tuduhan tersebut tidak berasas, apa perlunya beliau mengeluarkan kenyataan kontradik yang mengaitkan persoalan YB Senai dengan ‘rahsia rasmi Kerajaan’?  Hal ini tidak lebih sekadar menunjukkan sikap Khaled yang sedang panik. Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Johor.

“ Khaled mendakwa pentadbiran beliau ‘tidak menerima apa-apa suapan, tidak akan menerima apa-apa suapan dan akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan’ tetapi hakikatnya Exco dibawah pentadbiran beliau sendiri pada awal tahun ini, Datuk Abd Latiff Bandi telah didakwa atas tuduhan rasuah berhubung isu hartanah Johor. Tambahnya.

Minggu lalu, Wong Shu Qi bertanya sama ada Khaled ada menerima sejumlah RM12 juta bagi menukarkan status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera, berdasarkan dokumen kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor di internet. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

JOHOR BAHRU 19 November 2015. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membentangkan bajet 2016 ketika Mesyuarat Kedua (Bajet 2016) penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar Nusajaya. STR/Ihsan Pejabat Menteri Besar Johor

MB Johor Nafi Terlibat Rasuah

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menafikan dakwaan yang beliau terlibat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>