Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / PH Johor Desak Tubuh RCI

PH Johor Desak Tubuh RCI

foto kredit malaysiakini
foto – malaysiakini

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut wakil rakyat DUN Senai Wong Shu Qi, pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan penjelasan Khaled ketika ucapan penggulungannya pagi tadi.

“Menteri besar hanya jelaskan satu dakwaan yang disebut dokumen (kenyataan saksi) itu. Banyak lagi keraguan lain terhadapnya yang dibangkitkan dokumen itu.

“Penjelasan (untuk dakwaan lain) turut diperlukan, dan kami rasa Menteri Besar tidak sepatutnya berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam sidang media itu ahli-ahli pembangkang sambil mengangkat sepanduk “SPRM siasat MB” dan “JO1″, bermaksud “Johor Official 1″.

Ia merujuk kepada Khaled selaku pemimpin pentadbiran negeri itu, dan diambil daripada istilah “Malaysian Official 1″ yang digunakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil berkaitan 1MDB.

Mengenai tjadmin

Check Also

JOHOR BAHRU 19 November 2015. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membentangkan bajet 2016 ketika Mesyuarat Kedua (Bajet 2016) penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar Nusajaya. STR/Ihsan Pejabat Menteri Besar Johor

MB Johor Nafi Terlibat Rasuah

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menafikan dakwaan yang beliau terlibat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>