Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / MB Johor Nafi Terlibat Rasuah

MB Johor Nafi Terlibat Rasuah

khaled nordin mb johorMenteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menafikan dakwaan yang beliau terlibat dalam rasuah berkaitan hartanah di negeri itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tak berasas tersebut. Ia adalah fitnah, tidak benar dan tidak bersangkutan dengan saya.

“Pentadbiran saya tidak menerima apa-apa suapan, tidak akan menerima apa-apa suapan dan akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan kepada saya dan pentadbiran saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Bajet 2018 negeri itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Minggu lalu, Wong Shu Qi (DAP-Senai) bertanya sama ada Khaled ada menerima sejumlah RM12 juta bagi menukarkan status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera, berdasarkan dokumen kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor di internet. Sumber malaysiakini.com

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>