Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / MB Johor Akan Jawab Isu Rasuah Di Dewan Isnin Ini

MB Johor Akan Jawab Isu Rasuah Di Dewan Isnin Ini

khaled-exco

foto kredit free malaysia today 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan rasuah hartanah di dean negeri, isnin ini. Khaled berkata, beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

“Sebenarnya (ini) perkara mahkamah (perbicaraan sedang berlangsung), jadi tidak boleh cakap di luar (DUN), tunggu Isnin. I’m not going to run, I’m here (Saya tidak akan lari, saya ada di sini),” katanya.

Kenyataan beliau ini ekoran soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Senai, Wong Shu Qi dalam perbahasannya di dewan negeri isnin lalu, yang meyoal adakah Menteri Besar menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada lot bukan bumiputera.

Soalan Wong Shu Qi adalah susulan penyebaran beberapa dokumen yang dimuat naik oleh sebuah blog yang didakwa kenyataan seorang saksi semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal hartanah membabitkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi.

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>