Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / TIMBALAN MENTERI KEM.PERTAHANAN MENGAKU KEM SEGAMAT BELUM SIAP

TIMBALAN MENTERI KEM.PERTAHANAN MENGAKU KEM SEGAMAT BELUM SIAP

tan-hong_spr_600Adun mengkibol melahirkan rasa kesal apabila Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Sri Mohd. Johari Bin Baharum terus cuba mempertahankan keputusan kementerian membuat permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan lokaliti untuk Kem Segamat sebanyak 1,051 orang pemilih tentera dan pasangan mereka sungguhpun beliau sendiri mengakui bahawa kem tersebut masih belum siap dibina.

Dalam satu kenyataannya, Tan Hong Pin mempersoalkan sikap kementerian yang cuba berdolak-dalik menekankan bahawa anggota-anggota tentera yang tersebut telah mula menjalankan operasi di Segamat tanpa menjelaskan apakah tugas sebenar yang dimaksudkan itu.

“JawapanTimbalan Menteri itu sekali lagi menunjukkan kelemahan kementerian dalam membuat rancangan penempatan pasukan dan penyediaan kemudahan infrastruktur.

Bagaimanakah kementerian boleh membiarkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan operasi dalam keadaan kem pun belum siap dibina? Soal Hong Pin yang juga Pengarah Pilihanraya DAP Johor.

Beliau turut bertegas bahawa ini adalah percubaan UMNO-BN untuk memanipulasi Daftar Pemilih untuk memastikan kemenangan mereka di Segamat.

Sebelum ini, Pakatan Harapan Johor dan rakyat telah membuat bantahan kepada SPR. Pendengaran Siasatan Awam selama 5 hari untuk bantahan-bantahan itu telah dijadualkan dari 4 hingga 10 Disember 2017 (5 haribekerja). Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>