Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / “Kemiskinan Bukan Hanya Diatas Kertas” – Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor

“Kemiskinan Bukan Hanya Diatas Kertas” – Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor

IMG-20171127-WA0006Ketua Pembangkan Dewan Negeri Johor menyifatkan bahawa Belanjawan Johor 2018 hanyala bertujuan semata-mata untuk persiapan pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Beliau berucap dalam sesi perbahasan Belanjawan Johor awal minggu lalu.

Menurut Gan Peck Cheng yang juga Adun Penggaram, Dekad Johor yang diperkenalkan dalam belanjawan ini, hanyalah retorik politik bagi meraih perhatian dan membeli hati rakyat.

Dalam inti ucapan Peck Cheng beliau mengingatkan kepada Menteri Besar Khaled Nordin bahawa beliau tidak seharusnya terlalu berbangga dengan pencapaian sifar kemiskinan sebalik Menteri Besar harus berterima kasih kepada golongan asnaf kerana berusaha gigih

“Menteri Besar seharusnya berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada asnaf kerana merekalah yang telah berusaha membebaskan diri dan keluarga mereka untuk keluar dari belenggu kemiskinannya.

“Kerajaan BN mendakwa telah membantu mereka, tetapi pada hakikatnya tanpa usaha asnaf itu sendiri pastinya usaha tersebut tidak akan berjaya. Ujar beliau.

Dalam ucapan yang sama, Peck Cheng mengingatkan kerajaan negeri agar tidak lupa bahawa fakta diatas kertas boleh mengaburi mata kita kerana hakikat kemiskinan itu bukan terletak pada nombor atau fakta diatas kertas yang cantik, sebaliknya kemiskinan wujud pada zahir kehidupan.

“Masih ramai lagi keluarga yang miskin diluar sana dengan keadaan rumah yang memerlukan perhatian serius dari kerajaan. Justeru, janganlah Menteri Besar leka dengan angka dan fakta diatas kertas. Ulas beliau. Tj

 

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>