Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / PH JOHOR DESAK MB TAMPIL JELASKAN

PH JOHOR DESAK MB TAMPIL JELASKAN

mqdefault
29 November 2017

Kami mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan yang telah dikeluarkan menerusi Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Dato’ Sri Azam Baki semalam.

Kenyataan tersebut secara tidak langsung telah mengesahkan kesahihan dokumen kenyataan rakaman percakapan berkaitan skandal hartanah melibatkan Exco Negeri Johor.

Justeru, Pakatan Harapan ingin tahu, apakah jaminan komitmen pihak SPRM selepas menerima maklumat tersebut? Apakah tindakan yang akan diambil?

Persoalan ini amat penting untuk dijawab oleh SPRM memandangkan skandal hartanah yang berlaku adalah melibatkan kepentingan keseluruhan rakyat Johor.

Di pihak Pakatan Harapan, kami sekali lagi mendesak agar Menteri Besar Johor tampil segera bagi mengemukakan penjelasan memandangkan nama beliau telah turut sama dikaitkan akhir-akhir ini.

Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Pengerusi PAKATAN HARAPAN Johor

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
Pengerusi PPBM Johor

Aminulhuda Hassan
Pengerusi AMANAH Johor

Hassan Karim
Pengerusi PKR Johor

Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Johor

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>