Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / Liow Cai Tung Tempelak Belanjawan Lapok BN Johor

Liow Cai Tung Tempelak Belanjawan Lapok BN Johor

cai-tung-650x340Liow Cai Tung, Adun Johor Jaya menyifatkan belanjawan Johor 2018 yang dikemukakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor hanyalah janji lapok pilihan raya yang sudah diulang banyak kali sebelum pilihan raya umum lepas lagi.

Ia merujuk kepada pembinaan Hospital Pasir Gudang dan projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang, yang didakwanya telah lama dijanjikan kepada rakyat.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin sendiri telah mencadangkan pembinaan hospital tersebut sejak 2011.

Cai Tung berkata pengganti Khaled, Normala Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang juga pernah mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk Fasa 1 pembinaan Hospital Pasir Gudang pada November 2013.

Malah Normala juga pernah mengumumkan buat kali kedua bahawa pembinaan hospital itu telah diluluskan dan projek pembinaan akan bermula pada 2016 dan dijangka akan mengambil masa tiga tahun untuk siap.

Pembinaan hospital itu juga pernah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam Bajet 2016.

Cai Tung turut membangkitkan isu projek penaiktarafan Lebuhraya Pasir Gudang yang sudah bermula sejak 2012, namun hanya Fasa 1 sahaja yang sempat siap.

Fasa 1 projek itu sepanjang 7.7 kilometer yang menelan kos RM164 juta.

Projek penaiktarafan itu akan menambahkan jumlah lorong Lebuhraya Pasir Gudang kepada enam lorong.

“Projek Fasa 2A yang bermula dari Mac 2016 dijangka siap pada September 2018. Sudah tentu Fasa 1 dan Fasa 2A yang sepanjang 16KM mengambil masa enam tahun.

“Bagaimana pula bagi Fasa 2B (sepanjang 4KM dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Persimpangan Pasir Gudang) dan Fasa 3 (sepanjang 7KM dari persimpangan Perling ke Perimpangan Kangkar Tebrau)? Bila nak mula kerja dan bila nak siap?” Soal Adun muda ini.

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>