Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / KENYATAAN MEDIA PH Johor

KENYATAAN MEDIA PH Johor

Pelancaran-Pakatan-Johor28 November 2017 Pakatan Harapan Johor memandang serius akan isu yang timbul berkaitan skandal hartanah yang mengaitkan penglibatan Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin.

Maklumat yang didedahkan menerusi sebuah laman web itu, telah memuat naik kenyataan saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal tersebut.

Pakatan Harapan Johor menzahirkan kebimbangan berhubung hal ini.

Pada saat Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran keras kepada Kerajaan Negeri akan ketidakseimbangan pasaran hartanah yang semakin kritkal di Johor, isu melibatkan pengubahan status lot perumahan Bumiputera yang timbul telah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Khaled telah gagal untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Oleh itu, Pakatan Harapan Johor mendesak agar Khaled Nordin tampil ke hadapan dan menjawab persoalan ini dengan kadar segera tanpa berselindung.

Sekali lagi ditegaskan, Pakatan Harapan Johor menuntut jawapan yang jelas dari Khaled, adakah anda terlibat menerima sejumlah wang RM12 juta untuk mengubah status lot perumahan Bumiputera kepada status bukan Bumiputera?

Kenyataan bersama oleh:

PENGERUSI PAKATAN HARAPAN JOHOR

Tan Sri Muhyiddin Yassin

TIMBALAN PENGERUSI

  1. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
  2. Hj Aminulhuda Hassan
  3. Hassan Karim
  4. Liew Chin Tong

PENGARAH PILIHANRAYA

Salahuddin Ayub

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>