Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / Pakatan Harapan Kluang Dilancarkan

Pakatan Harapan Kluang Dilancarkan

Screenshot_20171121-125703Pada 19 November 2017 lalu, Pakatan Harapan Kluang secara rasminya menubuhkan jawatankuasa Pakatan Harapan peringkat parlimen.

Berikut adalah senarai penuh jawakankuasa yang telah dibentuk bagi PH Kluang:

PENGERUSI: Sdr Liew Chin Tong

TIMB PENGERUSI: Sdr Zuhan Zakaria (AMANAH), Tn Hj Aripin Sharif (PPBM), Sdr Simon Ng (PKR)

SETIAUSAHA: Sdr Sheikh Omar Ali

TIMB SETIAUSAHA: Sdr Mahadzir Md Zili

BENDAHARI: Sdr Nalathamby AL Thiacarajan

TIMB BENDAHARI: Sdr Ahmad Hanafi Md Nusin

PENGARAH PILIHANRAYA: Sdr Tan Hong Pin

KETUA PENERANGAN: Sdr Mohamad Nor Bin Lingan

TIMB PENERANGAN: Sdr Kalytas AL Chandranasan

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Sdr Abd Rashid Khalid & Sdr Othman Md Sahak (AMANAH), Sdr Fauzi Yusof & Pn Fazlun Othman (PPBM), Sdr Rajasegar AL Rajagobal & Sdr Lee Sang (PKR), Sdr Tang Chee How & Sdr Jimmy Yap (DAP)

SAYAP PEMUDA: Sdr Mathiwanan (PKR), Sdr Ismarizal Ismail (AMANAH), Sdr Md Rezal Salleh (PPBM), Sdr Poon Dao Yuan (DAP)

SAYAP WANITA: Sdri Ng Siew Hong (PKR), Pn Zaiton Md Akib (PPBM), Sdri Noraini Kalil (AMANAH), Sdri Lily (DAP)

 

TAWARAN UNTUK RAKYAT KLUANG

Mesyuarat turut meletakkan ‘Tawaran Kluang’ oleh PH menjelang PRU ke-14 yang akan datang. Antaranya isu-isu melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Kluang seperti penaiktarafan jalan FT50 Kluang-Batu Pahat, isu pembasmian mesin judi haram, keselamatan rukun tetangga dan sebagainya.

Selain itu, inisiatif yang lebih untuk mengangkat imej warisan Kluang turut bakal menjadi sebahagian tawaran Kluang seperti usaha memulihara keindahan semulajadi Gunung Lambak, identiti warisan perkhidmatan kereta api, memelihara struktur bangunan-bangunan yang memiliki nilai nostalgia tersendiri dihati rakyat Kluang dan sebagainya.

Antara lain, isu air juga bagal diberikan fokus dalam merangka tawaran Kluang. Isu-isu seperti pemuliharaan kawasan tadahan air bagi sungai Sembrong Kiri dan empangan Sembrong perlu ditekankan untuk menjamin kualiti sumber air rakyat Kluang.

Selain itu juga, ia turut merangkumi isu-isu air yang lain seperti permasalahan catuan dan projek pemindahan air dari empangan Kahang ke Loji Rawatan Air Sembrong Timur.

Dalam perbincangan yang sama, PH Kluang turut mahu mengangkat isu berhubung keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sebagai contoh, akses kepada jumlah hasil serta perbelanjaan pihak Majlis Perbandaran Kluang pada ketika ini adalah amat terhad. Sekiranya PH diberi mandat, kami mahu menjamin rakyat yang merupakan pembayar cukai dapat mengakses hal ini agar ianya telus dan transparen.

Isu-isu melibatkan penyelenggaraan serta pengurusan premis-premis awam yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan juga tidak wajar dipandang ringan.

Mengangkat semula pasar awam, taman rekreasi, terminal bas dan banyak lagi lokasi awam sebagai lokasi yang selesa dan optimum dari segi penggunaannya merupakan usaha yang mesti diberikan perhatian jika PH diamanahkan kuasa.

Terdapat beberapa lagi isu lain yang ingin diangkat dalam tawaran Kluang seperti menaiktaraf pengangkutan awam, meningkatkan kebajikan rakyat dan sebagainya. Kesemua ini akan dibincang serta diperhalusi dalam bengkel tawaran dan dasar yang sedang dirancang oleh jawatankuasa PH Kluang selepas daripada ini.

Dengan tertubuhnya jawatankuasa PH Kluang, kami beriltizam untuk mengukuhkan muafakat serta memperhebatkan lagi gerak kerja.

Kami telah menggariskan gerak kerja ‘100 hari menuju PRU ke-14′ dan mensasar untuk mempertahankan kemenangan di parlimen Kluang dan DUN Mengkibol serta mengambil alih DUN Mahkota dari dimenangi UMNO dan Barisan Nasional.

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>