Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / Sumbangan Mangsa Banjir Pulau Pinang Mencurah-curah

Sumbangan Mangsa Banjir Pulau Pinang Mencurah-curah

Sumbangan paloh 01DAP Kluang telah menggerakkan program kutipan sumbangan untuk disalurkan ke Tabung Bencana Taufan dan Banjir yang melanda Pulau Pinang ketika ini. Di Paloh Kluang sahaja, kutipan sumbangan yang berjaya dikumpul selama 2 hari berjumlah RM4070

Kutipan sumbangan ini merupakan kelangsungan dari tabung yang dilancarkan oleh DAP Pulau Pinang bermula dari 6 hingga 15 November 2017 bertujuan untuk menyalur masuk sumbangan orang ramai kepada mangsa-mangsa bencana itu.

Menerusi kutipan sumbangan di peringkat Kluang ini pula, kami berharap lebih ramai rakyat setempat yang prihatin dapat menyalurkan sumbangan mereka untuk mangsa-mangsa bencana di Pulau Pinang.

Dengan adanya inisiatif oleh DAP Kluang untuk menggerakkan program kutipan sumbangan, ia dapat membuka peluang kepada rakyat untuk menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang berada di Pulau Pinang pada saat-saat sukar sebegini.Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>