Monday , December 11 2017
Home / Ambil Tahu / Segera Semak Daftar Pemilih Anda – Tan Hong Pin

Segera Semak Daftar Pemilih Anda – Tan Hong Pin

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 3/2017 selama 14 hari bermula pada 24 Oktober hingga 6 November di 960 tempat pameran di seluruh negara. Terdapat 94 pusat pameran di seluruh negeri Johor seperti yang disenaraikan di bawah.

SPR tidak lagi membekalkan salinan digital kepada pihak kami maka pemeriksaan manual perlu dibuat dan seboleh-bolehnya dibuat seberapa awal yang mungkin supaya pembetulan sempat dibuat dalam tempoh pameran.

Sekiranya seseorang warga Malaysia yang melebihi 21 tahun dan telah berdaftar dengan SPR dalam tempoh yang tersebut di atas ini mendapati nama beliau tidak disenaraikan atau tersilap lokaliti atau daerah mengundi dalam RDPT yang dipamerkan kali ini, beliau bolehlah membuat aduan dengan pihak SPR untuk membetulkan kesilapan dalam tempoh pameran ini

Sesiapa yang mendapati pemilih-pemilih yang dicurigai didaftarkan di kawasan kediamannya, beliau boleh membuat bantahan ke atas pendaftaran tersebut.

Sebanyak 292,002 pendaftaran telah dibuat antaranya, 229,919 pendaftaran pemilih baru dan 65,083 pendaftaran tukar alamat.

Sesiapa yang menghadapi sebarang masalah boleh menghubungi 010-5351758 atau 010-5171758

Saya menyeru kepada seluruh warga Johor yang telah mendaftar dengan SPR sebagai pemilih pada bulan Julai hingga September yang lalu supaya membuat semakan Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ketiga tahun 2017 (3/2017) di pusat-pusat pameran yang berdekatan bagi memastikan mereka telah berjaya mendaftarkan diri sebagai pemilih.

THP

Mengenai tjadmin

Check Also

image

Serang projek pembangunan Pulau Pinang, kerajaan BN tidak pernah adil

Secara prinsipnya kerja-kerja penambakan laut bagi tujuan pembangunan komersil oleh mana-mana kerajaan, bukanlah suatu hal ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>