Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / PH Bakri Rayakan Deepavali Dengan Semangat Perpaduan

PH Bakri Rayakan Deepavali Dengan Semangat Perpaduan

bentayan5Pakatan Harapan Parlimen Bakri telah mengunjungi rumah masyarakat India di sekitar parlimen tersebut bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali. Sebanyak 32 buah keluarga dikunjungi sambil menyampaikan sumbangan berupa hamper.
Program yang bermula pada jam 3 petang ini disertai oleh Pengerusi Pakatan Harapan Parlimen Bakri, YB Chua Wee Beng yang juga merupakan ADUN Bentayan, Timbalan-Timbalan Pengerusi, Sdr. Ariff Haron yang juga merupakan Ketua PPBM Bahagian Bakri dan Sdr. Hussein Ibrahim, Naib Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Bakri.

Menurut YB Chua Wee Beng, program sebegini adalah merupakan program tradisi yang diadakan setiap kali perayaan tiba untuk berkongsi kegembiraan. bentayan1

“Perayaan adalah hari gembira untuk sesebuah masyarakat. Justeru itu, Pakatan Harapan Parlimen Bakri ingin membawakan cahaya kegembiraan menyambut Deepavali bersama 32 buah keluarga”, ujar YB Chua Wee Beng.

“Program ini juga adalah simbolik kepada persefahaman, toleransi dan kesepaduan masyarakat di Bakri dalam memaknai hubungan akrab dalam kepelbagaian budaya dan adat resam di negara bertuah ini”, tambah beliau lagi.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Parlimen Bakri, Ariff Haron menyifatkan kunjungan pada tahun ini berjaya dan mendapat sambutan yang baik daripada semua keluarga.

bentayan2“Mereka gembira menerima ole-ole sempena Depavali dari Pakatan Harapan,” kata Ariff yang juga merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Bakri.

Turut menyertai konvoi kunjungan muhibah Deepavali Pakatan Harapan Parlimen Bakri adalah Sdr. Ahmad Anwar Asyraf yang merupakan Setiausaha Pakatan Harapan Parlimen Bakri, Ketua Angkatan Muda Pakatan Harapan Parlimen Bakri, Sdr. Mohd Khidir Ismail, dan aktivitis-aktivis dari parti-parti komponen yang lain.

Naib Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Bakri, Hussein Ibrahim berkata kunjungan Pakatan Harapan tahun ini turut ke sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air paip. Malah, keluarga yang mendiami rumah tersebut juga sering berhadapan masalah rumah dimasuki air apabila hujan akibat bumbungnya yang bocor teruk. bentayan4

“Deepavali adalah pesta cahaya dan Pakatan Harapan memberikan sumbangan agar mereka dapat bergembira menyambutnya. Sambutan juga amat menggalakkan,” kata Hussein Ibrahim.

Sementara bagi Ahmad Anwar Asyraf pula, semangat perpaduan yang ditonjolkan dalam program begini wajar mendapat tempat di kalangan masyarakat dalam keadaan pertembungan sentimen sempit yang semakin menular kebelakangan ini.

bentayan3

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>