Saturday , November 18 2017
Home / Apa Cerita / Adun Jementah Gesa Pinda Akta Pembangunan Perumahan

Adun Jementah Gesa Pinda Akta Pembangunan Perumahan

Tan-chen-choonAhli Dewan Negeri Johor Kawasan Jementah Tan Chen Choon hari ini mendesak kerajaan meminda Akta Pembangunan Perumahan ( Housing Development Act ) untuk mempertahankan hak pembeli rumah, agar dalam keadaan pemaju rumah tidak dapat membekal rumah seperti yang dipamerkan dalam rumah pameran ( show house ), pembeli rumah boleh membawa kes ke Tribunal Perumahan untuk membuat tuntutan daripada pemaju rumah.

Tan mengulas kepada laporan media berkenaan dengan kenyataan pengerusi Tribunal Perumahan baru-baru ini yang menyatakan bahawa pembeli rumah tidak boleh membuat tuntutan terhadap pemaju perumahan jika rumah yang dibekalkan tidak serupa seperti dalam rumah pameran daripada pihak pemaju, kerana belum ada undang-undang yang berkenaan dalam Akta Pembangunan Perumahan yang membolehkan pembeli rumah membuat demikian sehingga hari ini.

Tan berkata, oleh kerana perkara-perkara yang tersurat dalam Perjanjian Jual Beli Rumah adalah berkaitan dengan undang-undang yang rumit dan sukar difahami, maka kebanyakan pembeli rumah membuat keputusan pembelian berdasarkan kepada rumah pameran atau risalah yang mempamerkan rekabentuk rumah daripada pihak pemaju.

Tan berkata, pembeli rumah menggunakan segala simpanan atau membuat pinjaman daripada pihak bank untuk membeli sebuah rumah yang memenuhi impiannya dari segi rekabentuk adalah hasrat sebahagian besar pembeli rumah.

Tan menyatakan adalah amat tidak adil kepada pembeli rumah yang tidak diizinkan untuk membuat tuntutan terhadap pihak pemaju sekiranya mereka mendapati rekabentuk rumah yang dibekalkan kemudian hari adalah tidak serupa seperti yang ditunjukkan dalam rumah pameran atau risalah yang dipamerkan oleh pihak pemaju.

Tan berkata, tiada undang-undang berkenaan untuk melindungi hak pembeli rumah menunjukkan ketidaktanggungjawaban pihak kerajaan hari ini. Justeru, beliau mendesak kerajaan agar belajar daripada kerajaan negara jiran Singapura, meminda akta itu secepat mungkin bagi melindungi hak pembeli-pembeli rumah.

Mengenai tjadmin

Check Also

muat turun

Bantahan Terhadap Pengundi Kem Tentera Yang Belum Wujud

Pada 31 Oktober, DAP mendapati yang 1,051 pengundi didaftarkan di sebuah kem tentera yang masih belum ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>