Monday , September 25 2017
Home / Ambil Tahu / ‘Retain and Regain’ – Langkah Orang Sedang Kalah. oleh Mahdzir Ibrahim

‘Retain and Regain’ – Langkah Orang Sedang Kalah. oleh Mahdzir Ibrahim

 

Saya memberi hipotesis dengan tajuk di atas dengan beberapa pandangan yang saya amati berdasarkan sentimen rakyat dibawah, khususnya di Johor.

Sejak slogan ‘Bangsa Johor’ dipopularkan kembali, ramai dalam kalangan rakan-rakan ahli politik tertanya-tanya dengan naratif dan natijah slogan dan konsep ini. Tetapi di sini saya tidak mahu mengulas panjang tentang konsep tersebut, barangkali di ruangan yang lain.

Soalan-soalan seperti ke mana konsep ini akan dibawa? Apa natijahnya? Adakah ia akan memberi kelebihan kepada politik dan rakyat hatta parti? Atau ia sekadar slogan sorak-sorai untuk penyokong pasukan bolasepak kesayangan orang Johor, JDT?

Mana-mana slogan yang muncul, tidak kira dari anak raja, Perdana Menteri, askar pencen atau siapapun, boleh menjadi bahan dan modal politik sesiapa jua. Dalam dunia serba tular hari ini, idea-idea seperti ini hanya akan menambah pedas pasaran politik bagi sesiapa pun.

Kegagalan 1Malaysia Najib Razak

Diperingkat nasional, kita dapat lihat kegagalan slogan 1Malaysia ini apabila pecahnya skandal 1MDB.

Pada permulaannya, Najib dan pasukannya cukup ghairah menampal segala bentuk promosi kerajaan dengan logo 1Malaysia, di baldilah, pelekat keretalah, tong sampahlah, kontena airlah, kad Touch n Go-lah dan macam-macam lagi produknya.

Parti oposisi agak panik melihat munculnya segala bagai bahan promosi ketika itu.

Tetapi hari ini, promosi-promosi ini ranap apabila rakyat dengan mudah melihat sinonimnya logo 1Malaysia dengan skandal 1MDB. Senjata sudah makan tuan.

Bagi rakyat pekan dan bandar yang sememangnya sokongan terhadap slogan itu tidak pernah bertambah, kini sentimen tersebut mula menjalar ke pelusuk desa dan tanah rancangan felda. Ini perkembangan yang sepatutnya dirisaukan oleh bilik perang Najib Razak.

Trump dengan ‘Make America Great Again’

Selepas kemenangan Donald Trump dengan tema dan slogan ‘Make America Great Again’, sentimen rakyat Amerika cukup membuak-buak untuk melihat perubahan dasar yang akan dilakukan oleh Presiden Donald Trump semenjak dua penggal Obama dan parti Demokrat memerintah.

Namun belum sampai separuh penggal, slogan ni menjadi lawak jenaka bagi rakyat Amerika, malah parti Trump sendiri iaitu Republikan memperlekeh presidennya.

Paling ‘win’ apabila kongres yang majoriti dikuasai oleh partinya sendiri menolak menolak undang-undang bagi melaksanakan reformasi sistem penjagaan kesihatan Amerika Syarikat bagi menggantikan Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik 2010 atau Obamacare.

Setakat ini bancian yang dibuat oleh McClatchy-Marist menunjukkan sekitar 58 peratus responden merasa malu dengan pentadbiran Presiden Donald Trump. Namun ini hanya persepsi, tempoh penggal Trump masih panjang, kita kena berlaku adil juga.

Muafakat Bawa Rebah

Saya kira, beliau adalah Menteri Besar paling penat bekerja di Malaysia. Kerja beliau bukan setakat rutin sebagai ketua pentadbir kerajaan negeri, sebaliknya kerja teruk itu lebih tertumpu untuk mengurangkan kesan skandal bosnya, Najib Razak ke atas pentadbirannya.

Kesan GST, 1MDB dan Felda, ditambah lagi dengan skandal hartanah dalam pentadbirannya sendiri yang melibatkan puluhan juta ringgit.

Skandal memalukan ini telah merosakkan slogan Muafakat Johor, walaupun dengan segala langkah ‘copy and paste’ dari kerajaan Selangor, seperti air percuma dan bas percuma, tetapi usahanya itu masih belum menampakkan hasil yang dapat menenangkan hati Umno BN Johor.

Hari ini Muafakat Johor menjadi jenaka Trump. Muafakat Merembat Hartanah, Muafakat Membawa Rebah.

Hari ini, mereka sedar bahawa slogan ‘Bangsa Johor’ dan ‘Muafakat Johor’ sudah tidak memberi kelebihan kepadanya, maka muncul gimik ‘retain and regain’ sebagai modus operandi politik kuasa.

Tukar Taktik

Taktik ‘retain dan regain’ ini adalah langkah orang yang sedang kalah. Taktik ini adalah langkah terakhir untuk mengekalkan sisa-sisa kemenangan tipis yang ada. Dengan kata lain, taktik ini akan menggunakan kaedah yang ekstrem untuk mengekalkan kuasa. Benteng terakhir Khaled Nordin adalah sokongan dari kakitangan kerajaannya.

Jumlah 19,100 orang kakitangan awam ini terdapat di serata daerah, ada 15 pihak berkuasa tempatan di Johor.

Menerusinya, taktik ‘retain and regain’ ini pastinya akan menumpukan kerusi Parlimen Tebrau, Labis, Segamat, Pasir Gudang, Pulai, Ledang, Pagoh, Muar, Tebrau, Tanjong Piai, Johor Bahru dan Sekijang.

Bagi kerusi negeri, langkah terakhir ini akan cuba mempertahankan Dun Paloh (130), Dun Gambir (310), Dun Pemanis (1,329), Dun Tenang (1,586), Dun Senggarang (2,083), Dun Kemelah (2,260) dan Dun Serom ( 2,264 ).

Bagi Umno, kerusi-kerusi ini mereka sedang kalah

Mengenai tjadmin

Check Also

Picasa_37

Amalan Politik Kita Membebankan Rakyat

Oleh : Mahdzir Ibrahim Premis Awam Saya merasa agak terganggu dengan perkembangan budaya politik muttakhir ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>