Monday , September 25 2017
Home / Apa Cerita / PH Kulai Angkat Manifesto Kawasan

PH Kulai Angkat Manifesto Kawasan

IMG-20170807-WA0012Pakatan Harapan berjanji bahawa penyelesaian masalah kesesakan dan keselamatan lalu lintas akan menjadi keutamaan apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan selepas PRU ke-14.  Demikian janji oleh wakil-wakil Pakatan Harapan dalam satu kenyataan medianya semalam.

Menurut YB Wong Shu Qi yang juga wakil rakyat Senai, beliau sudah acapkali membangkitkan hal ini di dewan negeri agar pihak berkuasa mengambil langkah penyelesaian dengan segera.

“  Walau bagaimanpaun, sehingga kini kerja naik taraf jalan raya kawasan Kulai tidak mendapat perhatian langsung daripada kerajaan Barisan Nasional. Ujar Shu Qi.

Dalam kenyataan yang sama, wakil PPBM Kulai, Tuan Haji Tosrin Javanthi berkata bahawa Pakatan Harapan Kulai baru-baru ini telah meluluskan satu cadangan manifesto dalam Konvensyen Pakatan Harapan Kulai pada 25 Februari 2017.

Antara perkara dalam manifesto kami ialah untuk menaiktaraf jaringan jalan raya bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Antara komponen utama ialah menyegerakan projek meluruskan selekoh-S di Batu 24.

Diperingkat nasional, Ahli Parlimen Kulai YB Teo Nie Ching juga pernah menyoal Menteri Kerja Raya berkaitan isu tersebut. Namun jawapan yang diterima menyatakan bahawa projek jalan pintasan Kulai-Senai bukan keutamaan kerajaan negeri.

Buat kali pertama, siding media khas ini diwakili oleh kesemua pemimpin parti Pakatan Harapan diperingkat kawasan yang terdiri daripada Ustaz Hisham Md Zin, Pengerusi AMANAH Parlimen Kulai, Sdr. S. Gopalakrishnan, Pengerusi PKR Cabang Kulai, Tuan Haji Tosrin Javanthi Ketua PPBM Bahagian Kulai dan DAP diwakili oleh Pengerusi DAP Kulai YB Wong Shu Qi. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

IMG-20170614-WA0033

Kit Siang Bersilaturahim Bersama Penduduk Yong Peng

Program mengedar buah kurma bersama Ketua Parlimen Dap Sdr Lim kit Siang diteruskan lagi dengan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>