Saturday , November 18 2017
Home / Apa Cerita / Jais Sarday Salahkan DAP, Hujah Dangkal – Mahdzir Ibrahim

Jais Sarday Salahkan DAP, Hujah Dangkal – Mahdzir Ibrahim

puasa kluang 8Wakil DAP Johor hari ini menempelak kenyataan Md Jais Sarday, Adun Mahkota berhubung insiden kekasaran yang berlaku di tapak bazaar Ramadan Kluang, yang dilaporkan oleh media massa awal hari ini.

Menurut Mahdzir, kenyataan Jais Sarday itu sangat dangkal dan memberi gambaran seolah-olah tindakan kekerasan yang dilakukan oleh beberapa individu yang mengasari Ahli Parlimen Kluang beberapa hari lalu sebagai wajar.

“ Jais cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa tindakan melawat dan mengedar kurma di bazaar ramadan tersebut oleh Ahli Parlimen Kluang dan rombongan sebagai satu tindakan provokasi yang mencetuskan insiden kekasaran.

“ Ini merupakan satu hujah yang sangat menjengkelkan kerana kenyataan beliau ini seolah-olah mewajarkan kekasaran penyokongnya kepada orang lain.

“ Adakah ini mesej yang ingin beliau sampaikan kepada pihak Polis dan rakyat? Soal Mahdzir yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor.

Mahdzir juga mengecam Ahli Parlimen Muar Razali Ibrajim yang mengeluarkan hujah serupa dengan Jais. Razali dilaporkan berkata yang apabila tuan rumah tidak membenarkan pelawat memasuki kawasan rumahnya, pelawat perlu menghormati keputusan itu.

Pemimpin DAP itu berkata hujah Razali hanya dibuat untuk “membenarkan” orang Umno berkelakuan tidak senonoh hanya kerana mereka tidak sukakan sesuatu.

“Sejak bila tempat awam menjadi rumah atau pejabat milik Umno Kluang? Adakah menteri besar mengazetkan kawasan itu, atau adakah Majlis Daerah Kluang mengisytiharkan tempat itu sebagai tempat Umno Kluang?

“Adakah menteri besar bersetuju dengan pandangan dua wakil rakyat ini? Jika dia setuju, dia perlu serta merta isytiharkan semua bazar Ramadan di Johor sebagai ‘Rumah Umno’. Mudah untuk orang lain elak daripada pergi ke situ.”

Mahdzir berkata dua perwakilan Umno itu perlu bersikap lebih rasional dan terbuka dan tidak membenarkan keganasan dan kurang ajar atas nama politik.

“Sekiranya mereka teruskan, kita akan berdepan dengan budaya samseng. Bagaimana kita boleh menghalang wakil rakyat daripada melawat tempat dalam kawasan perwakilan mereka hanya kerana perbezaan politik?

Polis sudah menahan dua orang yang terlibat dalam kekecohan itu dan sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan tanpa mengunakan senjata dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

muat turun

Bantahan Terhadap Pengundi Kem Tentera Yang Belum Wujud

Pada 31 Oktober, DAP mendapati yang 1,051 pengundi didaftarkan di sebuah kem tentera yang masih belum ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>