Monday , December 11 2017
Home / Apa Cerita / Dakwaan Jais Sarday Dan Razali Ibrahim Satu Kesilapan – Liew Chin Tong

Dakwaan Jais Sarday Dan Razali Ibrahim Satu Kesilapan – Liew Chin Tong

Kluang 1Dalam satu kenyataan hari ini, Liew Chin Tong menjelaskan dakwaan exco Johor yang juga Adun Mahkota Jais Sardy dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim bahawa pada 2007 DAP mahu menutup bazaar tersebut sebagai satu kesilapan.

Chin Tong menyifatkan kenyataan itu tidak masuk akal kerana DAP tidak mempunyai wakil rakyat di Johor pada masa itu, dan parti itu hanya berjaya memenangi kerusi Parlimen Bakri dan empat kerusi DUN di negeri itu pada 2008.

“Apa yang berlaku sebenarnya pada masa itu ialah Adun Mengkibol daripada MCA Gan Peng Sieu mengetuai bantahan terhadap bazar itu, dan membuat representasi di pejabat daerah.

“Saya terkejut bila Jais dan Razali terkeliru MCA dengan DAP. Jika mereka lupa, biar saya ingatkan mereka yang MCA ialah parti komponen BN, dan rakan rapat Umno.

“Sedangkan DAP ialah ahli Pakatan Harapan. Saya harap mereka tidak akan buat kesilapan sama lagi.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menggesa agar pemimpin Umno Johor tidak k untuk menjustifikasikan keganasan yang berlaku di bazar Ramadan Kluang pada Sabtu lalu.

Ahad lalu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya imam dalam insiden serangan terhadap Ahli Parlimen Kluang dan petugas pejabatnya di bazaar Ramadan Bandar Kluang. Dua orang penyerang itu kini sudah pun ditahan. Polis turut menahan seorang katerer berusia 49 tahun yang turut berada di tempat kejadian.

Mengenai tjadmin

Check Also

foto kredit malaysiakini

PH Johor Desak Tubuh RCI

Barisan wakil Rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>