Thursday , January 18 2018
Home / Apa Cerita / Presiden PPBM Kesal Dengan Kekasaran Di Bazar Ramadan Kluang

Presiden PPBM Kesal Dengan Kekasaran Di Bazar Ramadan Kluang

muhyiddin-shafieTan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin hari ini mengecam tindakan kasar oleh beberapa individu beragama Islam yang menghalang Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong melawat dan mengedar buah kurma sempena bulan Ramadan.

Semalam sekumpulan lelaki dipercayai ahli Umno bahagian Kluang telah mengasari petugas dan Ahli Parlimen Kluang di tapak bazaar Ramadan Bandar Kluang.

Dalam satu kenyataannya, Tan Sri Muhyiddin merasa sangat kecewa dan sedih dengan tindakan kumpulan tersebut.

“ Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan insiden Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong, yang dimarahi dan dihalau oleh beberapa orang individu ketika beliau dan pasukannya sedang mengedarkan buah kurma kepada umat Islam.

“ Beliau sepatutnya tidak dihalang daripada berbuat demikian apatah lagi dimarahi dengan kata-kata kesat. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya tanpa mengira kaum dan agama. Ujar Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM.

Beliau menyeru agar rakyat dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, perlu memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik. Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

Demo-PH-Dun-Johor-1

Jawapan Khaled Nordin Kontradik – PH Johor

Dalam stau kenyataan media Pakatan Harapan Johor yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>