Saturday , November 18 2017
Home / Apa Cerita / Lawatan Muhibbah MP Kluang Dikasari Samseng UMNO

Lawatan Muhibbah MP Kluang Dikasari Samseng UMNO

puasa kluang 8Satu insiden kekasaran serius telah berlaku di tapak Bazar Ramadan di Bandar Kluang semalam hingga menyebabkan beberapa aksi kasar dan tolak-menolak diantara sekumpulan orang yang mendakwa menjaga tapak bazaar tersebut dengan kumpulan penziarah yang sedang mengedar kurma dari pihak Pakatan Harapan Kluang.

Menurut Sheikh Omar, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kluang, insiden tercetus sekitar jam 5:45 petang dikawasan bazaar menjual barangan kering apabila sekumpulan orang membuat hadangan kepada mereka yang sedang mahu memasuki kawasan tersebut untuk mengedar kurma.

“ Aktiviti edaran kurma kami sebelumnya berjalan dengan lancar dibahagian jualan basah, tetapi kami telah dihalang oleh sekumpulan pemuda antaranya dua orang yang saya kenal dengan nama Mustaqim dan Ali Itik,” ujar Shiekh Omar dalam satu laporan polis selepas kejadian tersebut.

Kumpulan ini bertindak kasar dengan memekik dan berlaku ‘body contact’ dengan niat menghalang kumpulan pengedr kurma tersebut.puasa kluang 6

Menurut Liew Chin Tong, salah seorang kumpulan tersebut yang dikenali dengan nama Ali Itik memakai t shirt merah dengan tulisan jawi tertera perkataan ‘Hidup Melayu Bersatu’ mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun dengan nada yang kuat.

“ Ali Itik juga telah bertindak kasar dengan menghayun tangan mengenai ke muka salah seorang petugas dan saya hingga cermin mata saya jatuh ke tanah. Ujar Chin Tong yang turut sama membuat laporan polis atas kekasan tersebut.

Manakala wakil parti PPBM yang turut membuat aduan polis mendakwa kedua lelaki Mustaqim dan Ali Itik adalah ahli Umno Bahagian Kluang yang dikenalinya.

Beliau turut mengesahkan berlaku insiden kekasaran kepada ahli rombongan edaran kurma dan juga YB Liew Chin Tong.

PPBM Kluang turut merasa kesal atas kelakuan seperti itu dibulan Ramadan. Pihak PH Kluang mendesak polis menjalankan siasatan segera untuk membendung budaya samseng ini dari menjadi tular yang mencemarkan barakah bulan Ramadan. Tj

puasa kluang 9

Mengenai tjadmin

Check Also

muat turun

Bantahan Terhadap Pengundi Kem Tentera Yang Belum Wujud

Pada 31 Oktober, DAP mendapati yang 1,051 pengundi didaftarkan di sebuah kem tentera yang masih belum ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>