Saturday , November 18 2017
Home / Apa Cerita / DAP Johor Mohon Bermesyuarat di Majlis Daerah Yong Peng

DAP Johor Mohon Bermesyuarat di Majlis Daerah Yong Peng

IMG-20170605-WA0011DAP Johor telah membuat permohonan, meminta kebenaran daripada Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) bagi menjalankan mesyuarat bulanan Parti DAP Johor di bilik mesyuarat di MDYP.

Surat bertarikh 5 Mei tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha DAP Negeri YB Gan Peck Cheng semalam.

Menurut Peck Cheng yang juga Adun Penggaram, memandangkan pihak MDYP telah bermurah hati memberi kebenaran kepada parti MCA untuk menjalankan mesyuarat parti mereka di premis MDYP, maka DAP negeri juga ingin menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak majlis.

Beliau berharap, Yang Dipertua Majlis sudi mempertimbangkan dan memberi kebenaran untuk parti DAP, dan parti-parti yang lain menggunakan premis mereka bagi tujuan tersebut sebagai langkah yang adil kepada semua pihak.surat 1

Didalam surat tersebut, dinyatakan secara jelas mesyuarat tersebut dirancang pada 9 Julai ( Ahad ) pada jam 2:30 petang. Malah, setiausaha Dap Negeri juga bersedia dengan tarikh lain mengikut cadangan Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng. Mesyuarat tersebut akan diadakan secara formal dengan pakaian rasmi parti oleh ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor.

Baru-baru ini, parti MCA telah mengadakan mesyuarat parti tersebut di dewan mesyuarat Majlis Daerah Yong Peng. Mesyuarat tersebut dipercayai dipengerusikan oleh Pengerusi MCA Johor Wee Ka Siong. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

muat turun

Bantahan Terhadap Pengundi Kem Tentera Yang Belum Wujud

Pada 31 Oktober, DAP mendapati yang 1,051 pengundi didaftarkan di sebuah kem tentera yang masih belum ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>