Monday , December 11 2017
Home / Ambil Tahu / Batu Pahat Sambut Mesra Kunjungan Kit Siang dan Pemimpin PH

Batu Pahat Sambut Mesra Kunjungan Kit Siang dan Pemimpin PH

IMG-20170531-WA0014Selepas melawat dan bertemu dengan rakyat di Bazar Ramadan Pekan Nenas, Lim Kit Siang meneruskan siri lawatannya ke Batu Pahat bersama-sama dengan pemimpin PH setempat 30 Mei yang lalu.

Lawatan beliau turut ditemani Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Idris Jusi, Ketua Pembangkang Dun Johor, YB Gan Peck Cheng yang juga Adun Penggaram, Pengerusi Amanah Johor, YB Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani, Sdr Hasanudin Yunus, Naib Pengerusi Amanah Nasional, serta pimpinan DAP dan Pakatan Harapan Batu Pahat yang lain.

Kemesraan dikalangan rakyat bersama Kit Siang terus hangat dan mesra. Disamping mengedar buah tamar dan bubur lambuk, masyarakat juga dapat bersalaman dan ber’selfie’ dengan Kit Siang dan para pemimpin yang lain.IMG-20170531-WA0013

Menurut Sdr George selaku ketua rombongan lawatan tersebut, beliau menyifatkan penerimaan masyarakat terhadap Pakatan Harapan masih kukuh dan mantap.

“ Batu Pahat merupakan medan PRU14 yang penting kerana BP adalah tempat lahir UMNO dan kehadiran pemimpim nasional menunjukan bahawa PH serius mempertahankan kerusi di Dun Penggaram dan Parlimen Batu Pahat. Ujar George.

Program hari tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Istana. Tj

IMG-20170531-WA0012

Mengenai tjadmin

Check Also

Baju sekolah 01

MCA Tak Releven

Oleh : Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor Johor merupakan kubu kuat MCA sehingga 2008. ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>