Wednesday , October 18 2017
Home / Ambil Tahu / Edar Kurma, Tradisi Lim Kit Siang Menghormati Muslimin dan Muslimat Dibulan Ramadan

Edar Kurma, Tradisi Lim Kit Siang Menghormati Muslimin dan Muslimat Dibulan Ramadan

IMG-20170529-WA0036Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Harapan kawasan Tanjung Piai disambut mesra oleh rakyat Pontian ketika membuat kunjungan ke bazar Ramadan Jalan Besar Pekan Nenas kelmarin.

Selain ditemani YB Liow Chai Tung, Adun Johor Jaya dan YB Yeo Tun Seong Adun Pekan Nenas, kunjungan Kit Siang turut disertai Timbalan Presiden Amanah yang juga anak watan Tanjung Piai iaitu Sdr. Salahuddin Ayub dengan diiringi wakil-wakil PPBM, PKR, Amanah dan DAP.

Dalam kunjungan ini, pemimpin Pakatan Harapan Tanjung Piai bersama-sama mengedarkan buah kurma kepada para pengunjung bazar dan juga para peniaga. Jelas kelihatan rasa senang dan gembira dikalangan rakyat apabila melihat IMG-20170530-WA0001keharmonian diantara kaum yang ditunjukkan oleh para pemimpin PH Tanjung Piai.

Program tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa di Kampung Sawah bersama-sama dengan para pemimpin dan penduduk tempatan.

Dalam ucapan ketika majlis berbuka puasa itu, Kit Siang sekali lagi mengingatkan para tetamu agar terus menjaga keharmonian antara kaum agar matlamat politik itu tidak tersasar dari matlamatnya. Beliau mengucapkan selamat berpuasa kepada sekalian rakan-rakan muslim yang menjalani ibadah puasa. Tj

IMG-20170529-WA0034

Mengenai tjadmin

Check Also

mazir

‘Retain and Regain’ – Langkah Orang Sedang Kalah. oleh Mahdzir Ibrahim

  Saya memberi hipotesis dengan tajuk di atas dengan beberapa pandangan yang saya amati berdasarkan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>