Saturday , November 18 2017
Home / Ambil Tahu / Biro Penerangan PPBM Kluang Tak Puas Hati

Biro Penerangan PPBM Kluang Tak Puas Hati

ppbm 2Biro Penerangan PPBM Kluang telah mengadakan lawatan ke beberapa Gelanggang Futsal di daerah Kluang yang tidak diselenggara dengan baik dan dalam keadaan yang amat mengecewakan.

Gelanggang yang di kenalpasti adalah di Gelanggang Futsal Sri Lalang, Gelanggang Futsal Taman Kluang Barat, Gelanggang Futsal Taman Sri Kluang, Gelanggang Futsal Taman Intan dan Gelanggang Futsal Kg Lukut, Kahang.

Menurut Sdr Rizal Hj Saleh yang merupakan pengadil pertandingan memberitahu bahawa masalah tersebut telah lama berlaku dan terbiar. Katanya lagi keadaan itu di sebabkan ketiadaan peruntukkan.

“Sepatutnya, jika sudah ada Jawatankuasa yang dilantik, pihak berkenaan bertanggungjawab menyelia, mengurus dan menyelenggara dalam tempoh yang ditetapkan dengan baik dan bukan membiarkan saja tanpa apa-apa tindakan segera”.ppbm 1

Manakala itu, salah seorang pengurus pasukan Futsal iaitu Sdr Mohd Naim, berkata terdapat jawatankuasa gelanggang futsal yang hanya membenarkan pasukan yang menyokong parti politik tertentu sahaja.

Tambahnya lagi , “Ini adalah salah dan tidak patut berlaku kerana kos pembinaan gelanggang tersebut adalah hasil dari cukai rakyat yang mana sepatutnya dibenarkan untuk penduduk tanpa memilih bulu atau bersikap pilih kasih”.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang ingin menganjurkan pertandingan Futsal Terbuka tetapi dibatalkan di saat akhir atas sebab yang tidak munasabah.

ppbm 4Berdasarkan pemantauan pihak kami, . Terdapat juga keadaan tandas yang begitu daif dan rosak termasuklah lampu limpah yang tidak berfungsi, DB/fius box hilang/ tidak berfungsi, masalah pendawaian elektrik, permukaan gelanggang yang retak sertamerbahaya untuk pengguna.

Fasiliti kemudahan seperti tandas rosak keseluruhan di tambah keadaan pagar besi berlubang dan runtuh. Keadaan pintu besi tidak berfungsi juga tiang gol patahdan berkarat. Semasa lawatan kami mendapati terdapat bekas kondom yang telah digunakan dan botol minuman keras di kawasan tersebut.

Pihak Biro Penerangan Dan Publisiti PPBM Kluang amat berharap, agar isu yang telah berlanjutan sehingga ke hari ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa gelanggang futsal yang terlibat agar kemudahan ini tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahkan berharap agar tempat awam yang di biayai oleh dana awam ini bukan lagi hak milik  parti politik seterusnya tiada lagi isu pilih kasih demi keperluan rakyat setempat. Tjppbm 3

 

 

Mengenai tjadmin

Check Also

image

Serang projek pembangunan Pulau Pinang, kerajaan BN tidak pernah adil

Secara prinsipnya kerja-kerja penambakan laut bagi tujuan pembangunan komersil oleh mana-mana kerajaan, bukanlah suatu hal ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>