Monday , September 25 2017
Home / Ambil Tahu / Kenaikan Tarif Air dan Deposit Hanya Untuk Pemegang Saham – Dr Boo

Kenaikan Tarif Air dan Deposit Hanya Untuk Pemegang Saham – Dr Boo

Dr Boo 1Sebanyak 383,085 akaun (pengguna) menerima kesan langsung dari kenaikan caj deposit air yang melibatkan jumlah sekitar RM 50-300. Dari jumlah ini SAJ Ranhill SB dapat mengutip hasil tersebut sekitar RM 19 – 114 juta.

Hal ini diulas oleh Adun Skudai, Dr. Boo Cheng Hau dalam ucapan usul menjunjung kasih ke bawah  Titah DYMM Sultan Johor kelmarin.

Selan daripada itu, beliau turut membangkitkan isu berkaitan kenaikan tarif air Johor yang baru dinaikkan sebanyak 25% pada purata sejak 1hb Ogos 2015.

“ Kenaikan dua-dua tarif dan deposit Saj sewajarnya dikaji dengan teliti. Ujar Dr. Boo.

SAJ Holdings Sdn. Bhd.  dengan 100% saham miliki Ranhill Utilities Berhad memberikan dividen sejumlah RM 146 juta pada tahn 2013.

Kemdian SAJ Holdings Sdn Bhd ditukar nama kepada SAJ Ranhill Sdn Bhd. dengan 80% saham milik Ranhill Utilities Berhad dan 20% miliki kerajaan Johor  telah memberikan dividen sejumlah RM 92 juta pada tahun 2015.

Beliau turut membidas langkah kenaikan traif-tarif ini hanya untuk menjaga kepentingan pemegang saham dengan memberikan dividen yang begitu tinggi.

“ Adalah kurang munasabah bagi SAJ Holdings Sdn Bhd/ SAJ Ranhill Sdn Bhd nenaikkan tarif air dan deposit air untuk tujuan memberikan dividen yang begitu tinggi  kepada pemegang saham.

“ Deposit pengguna SAJ sepatutnya disalurkan kepada suatu tabung khas untuk tujuan pembangunan bekalan air dan seharusnya diberikan kepada pengguna setiap tahun.

Kenaikan deposit air SAJ telah dilaksanakan mengikut Peruntukan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air, Deposit, Fee dan Caj Perkhidmatan Air 2014 di bawah Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2009. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

sheikh omar 6

PH Johor Akan Bina Semula Malaysia

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>