Monday , September 25 2017
Home / Ambil Tahu / Wakil DAP Sambut Baik Nasihat Tuanku Permaisuri Johor

Wakil DAP Sambut Baik Nasihat Tuanku Permaisuri Johor

TPJPenolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali merakamkan ucapan sembah ta’zim atas kata-kata nasihat dan harapan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang dinukilkan dalam status laman sosial Faceebook baginda akan peri pentingnya perbezaan iktikad kepercayaan itu diraikan dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat rentas kepercayaan khususnya umat Islam di negara ini.

Menurut Sheikh Omar, lontaran seruan dan harapan Tuanku Permaisuri adalah selari dengan gagasan yang digarap oleh DAP sebagai parti pelbagai kaum semenjak awal penubuhannya sehingga kini iaitu menghormati kebebasan beragama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kami akan kekal komited untuk membina sebuah Malaysia untuk rakyatnya yang harmoni dengan kepelbagaian tanpa membeza-bezakan warna kulit, kepercayaan, bahasa dan budaya serta menolak sama sekali sebarang inisiatif yang berbaur perkauman dan kebencian.

“ DAP akan menggembeling usaha untuk bergerak selaras dengan seruan yang dititahkan oleh Tuanku Permaisuri. Ujar Sheikh Omar.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah semalam telah menukilkan satu nasihat yang mengharap agar muslim dapat saling menghormati sesama kaum dan agama.

Antara petikan kata-katanya “ Kita sebagai muslimin dan muslimat perlu menunjukkan rasa hormat yang sama kepada warga Malaysia yang tidak seagama dengan kita. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

sheikh omar 6

PH Johor Akan Bina Semula Malaysia

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>