Saturday , November 18 2017
Home / Borak Jalanan / Masalah Ahli Majlis PBT, Perubahan Perlu Dilakukan – YB Cheo Yee How

Masalah Ahli Majlis PBT, Perubahan Perlu Dilakukan – YB Cheo Yee How

Yee How 1Tj : Terangkan serba ringkas mengenai diri YB, sebelum menjadi wakil rakyat dan bagaimana boleh melibatkan diri dalam politik.

YB Yee How : Ayah saya berkerja dalam bidang peladangan dan kami sekeluarga sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat, semasa saya berumur 12 tahun keluarga saya menetap di Ipoh dan keselurahan zaman sekolah menengah saya belajar di SMK Gunong Rapat, Ipoh, dan seterusnya belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Ketika zaman sekolah menengah, saya terlibat dengan pertandingan debat, saya banyak mengenali isu-isu semasa politik, terutama ketika itu ialah zaman reformasi.

Ketika zaman Universiti pula saya dapat pencerahan lebih mendalam dari senior-senior, maka saya terlibat dalam pergerakan mahasiswa, antaranya DEMA (Gerakan Demokratik Belia Dan Pelajar Malaysia), saat yang paling sukar saya dilupakan ketika terlibat dengan isu setinggan Kampung Beremban, Ampang, Selangor, dimana perobohan surau kampong oleh pemaju depan mata saya, walaupun kami bersama dengan penduduk kampong cuma mempertahankannya.

Selepas habis pengajian saya menjadi pembantu khas kepada Dr Boo Cheng Hau  yang baru menjadi ADUN Skudai ketika tahun 2008.

Tj : Semenjak menjadi wakil rakyat Dun Pengkalan Rinting ( Perling ), apakah perkara paling penting sebagai wakil rakyat dalam memastikan pembangunan di kawasan Dun Yb terus membangun?

YB Yee How : Kawasan saya merupakan satu kawasan yang amat pesat membangun, tetapi pengawasan dan perancangan kurang sempurna, malah banyak masalah kesan dari pembangunan tersebut, contohnya banjir kilat, kerosakan infrastuktur, isu tanah hasil dari pengambilan tanah dan sebagainya.

Sebagai wakil rakyat kawasan sebegini, tugas saya adalah highlight isu-isu ini dan mencari jalan penyelesaian, untuk memastikan hak-hak orang ramai dalam kawasan saya terjamin.

Tj : Dalam isu-isu tempatan, YB ada memberi tumpuan terhadap masalah setempat seperti setinggan dan isu pembangunan, apakah YB rasa ahli-ahli Majlis kerajaan tempatan telah melakukan yang terbaik setakat ini? apakah ada ruang-ruang untuk reformasi dilakukan?

YB Yee How : Banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem pentadbiran, terutamanya berkenaan dengan isu tempatan, barangkali suara rakyat kurang sampai ke pihak PBT, dan disebabkan ramai ahli majlis dilantik bukan dipilih oleh rakyat, barangkali mereka boleh tidak mengambil perhatian yang lebih terhadap rakyat.

Justeru, pilihanraya untuk Ahli Majlis  amatlah penting kepada rakyat jelata, sekurang-kurangnya Ahli Majlis tersebut akan merasa bertanggungjawab untuk menjalankan tugas beliau apabila dipilih oleh rakyat.

Bagi isu setinggan pula, kerajaan negeri memainkan peranan yang amat penting, di mana tanah kawasan setinggan dari awalnya ketika dirancang, penukaran status atau penolakan pemohonan hak milik tanah perlulah dimaklumkan kepada penghuni secepat mungkin, bukannya bila tanah tersebut telah dipindah milik, notis pengusiran baru diberi.

Saya beranggapan biasanya kawasan setinggan ini adalah kawasan kubu kuat parti pemerintah, ini yang mainkan peranan untuk mengendali urusan status tanah ini, tapi kebanyakannya telah dijadikan seperti hamba tebusan.

Tj : Bagaimana YB melihat perkembangan politik akhir-akhir ini? Adakah dengan kehadiran dua parti baru iaitu Amanah dan PPBM, mampu memberi kelebihan kepada PH atau ia merumitkan lagi keadaan?

YB Yee How : Kalau dari segi kawasan tempatan (Pulai), saya menganggap ia sebagai satu kelebihan, sebab lebih ramai yang tidak puas hati dengan pentadbiran sekarang dan mereka ada pilihan mereka untuk bekerjasama untuk keadaan politik yang lebih baik.

Tetapi dari segi nasional, banyak lagi yang tidak tentu arah, banyak persoalan yang masih timbul antara parti, menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai, terutamanya yang hendak menyalurkan sokongan kepada kita, jadi ia merumitkan keadaan jika tiada matlamat yang jelas dibawa oleh pimpinan atasan, terutamanya apakah visi pentadbiran negara, jika berjaya menjadi parti pemerintah.

YB Yee How : Yang terakhir, adakah YB rasa, Dun Perling ini mampu dipertahankan selepas persempadanan semula? apakah faktor-faktor tersebut?

Ya, saya yakin untuk mempertahankan DUN ini, walaupun selepas persempadanan semula, hal ini kerana dari hasil kerja dan perkhidmatan dalam kawasan kami, dan dengan keinginan perubahan iklim politik, ia sangat ketara di dalam kawasan saya.

Mengenai tjadmin

Check Also

steve jobs

Bagaimana Dengan Pejabat Steve Jobs Selepas Kematiannya?

Pejabat lama ikon Steve Jobs di Apple masih kekal hampir tidak disentuh sejak kematiannya pada ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>