Saturday , November 18 2017
Home / Apa Cerita / Laksana Segera Bas Percuma Di Segamat – Adun

Laksana Segera Bas Percuma Di Segamat – Adun

cchunADUN Jementah, YB Tan Chen Choon hari ini menggesa kerajaan Negeri mempercepatkan langkah melaksanakan perkhidmatan Bas Awam secara percuma di Daerah Segamat yang merangkumi Bandar Segamat ( Majlis Daerah Segamat ) dan Labis ( Majlis Daerah Labis ).

Ianya sesuai dengan kenyataan Menteri Besar Johor yang mahu melaksanakan Bas Percuma ke kawasan lain semasa berucap pada pembentangan Bajet 2017 pada tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika program edaran limau Mandarin bersama Cikgu Natrah, Pengerusi PKR Segamat, Sdr. Wahad, AJK Amanah Segamat dan rakan-rakan Pakatan Harapan bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut Chen Choon, ia boleh dilakukan di daerah Segamat kerana berbanding kos perlaksanaan Bas Percuma di kawasan Selatan Johor, setiap Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) akan menanggung sekitar RM 2.75 juta yang mana kos ini dijangka akan menjadi lebih kecil bagi kawasan Segamat.

“ Menurut laporan Audit Negara mengenai kedua-dua PBT tersebut, pendapatan MDS pada tahun 2015 adalah sebanyak 27.11 juta ringgit manakala pendapatan MDL pada tahun 2014 adalah sebanyak 9.46 juta ringgit.

” Malahan, kerajaan negeri Johor juga akan mendapat 25% pulangan balik selepas negara kita memperkenakan kutipan caj jalanraya ( Road Charge ) kepada kenderaan luar negara ( Singapura ) yang memasuki ke negara kita, adalah dijangka sumbangan kepada negeri Johor adalah sebanyak 40 juta ringgit pada tahun 2017, Ujar Chen Choon. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

muat turun

Bantahan Terhadap Pengundi Kem Tentera Yang Belum Wujud

Pada 31 Oktober, DAP mendapati yang 1,051 pengundi didaftarkan di sebuah kem tentera yang masih belum ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>