Monday , September 25 2017
Home / Borak Jalanan / PH Johor Perlu Tangani 3 Perkara – Suhaizan Kayat

PH Johor Perlu Tangani 3 Perkara – Suhaizan Kayat

 

SuhaizanTJ : Salam sejahtera Sdr Suhaizan. Selepas PRU 13, kita melihat banyak perubahan politik berlaku khususnya melibatkan Pakatan Pembangkang, hari ini dua lagi parti baru muncul iaitu Amanah dan PPBM. Bagaimana Suhaizan melihat perkembangan ini? adakah ianya baik untuk politik pembangkang?

Suhaizan : Kedua-dua parti baru ini muncul (AMANAH dan BERSATU) sangat bertepatan dengan masa pada hari ini. PRU-13 kita masuk pilihanraya dengan 3 kombinasi PAS-PKR-DAP yang dinamakan PR. Akibat daripada permainan UMNO dengan isu perkauman dan terdapat rakyat yang terpenguruh maka dalam PRU13, PR gagal mendapat sokongan Melayu.

PAS pula telah keluar daripada pakatan pembangkang. Maka terdapat dua kelompangan dalam pakatan baru pembangkang yang dimana PH iaitu ketiadaan PAS dan kekurangan sokongan Melayu.

Kehadiran AMANAH adalah untuk mengantikan PAS. Kehadiran BERSATU untuk memperkukuhkan sokongan Melayu. Mungkin AMANAH tidak boleh menggantikan PAS seratus peratus. Begitu juga BERSATU tidak boleh mencapai impian seratus peratus sokongan Melayu. Tetapi kombinasi kedua-duanya boleh meningkatkan sokongan Melayu yang diperlukan.

DAP dan PKR pula boleh menguruskan pengundi bukan Melayu. Insya Allah kombinasi ke empat-empat parti ini boleh melepasi keperluan untuk membuat perubahan dalam Negara ini dalam PRU14

TJ : Dalam konteks politik Johor, bagaimana Suhaizan melihat potensi Amanah untuk mengambilalih kerusi-kerusi PAS? Bagaimana dengan jentera Amanah dikawasan-kawasan tersebut apatah lagi selepas berlakunya persempadanan semula.

Suhaizan : Sebenarnya PAS tidak kuat di Johor. Kemenangan PAS di empat kerusi DUN di Johor adalah atas sokongan pengundi Cina. Sokongan yang diperolehi oleh PAS dalam PRU13 majoritinya atas kepercayaan terhadap PR. Tanpa pakatan pembangkang, PAS bakal kehilangan ke empat-empat kerusi DUN di Johor.

Rakyat Johor yang mahukan perubahan akan memilih barisan pemimpin yang boleh menang melawan BN. PAS di Johor akan dianggap parti yang tidak boleh memerintah di Johor. PAS hanyalah parti pengacau sahaja yang sifatnya telah dijelaskan oleh ahli parlimen PAS YB Mahfoz Omar sebagai parti makan keliling.

Apa perlunya pengundi memberi undi kepada PAS dalam PRU14? AMANAH tidak boleh bersendirian.  Kombinasi dalam PH akan memberi peluang AMANAH menggantikan PAS. Kami yakin boleh menyumbang kerusi yang mencukupi untuk memerintah Johor.

Kebanyakkan jentera pilihanraya PAS di Johor telah masuk AMANAH. AMANAH Johor pula mendapat dokongan jentera daripada NGO dan rakyat yang mahukan perubahan.

TJ : Di Johor pada mutakkhir ini, slogan Bangsa Johor sering dilaungkan oleh pelbagai pihak, bagaimana Suhaizan melihat senario ini mampu memberi kesan yang signifikan dengan perubahan politik di Johor?

Suhaizan : Bangsa Johor bukan milik mana-mana parti tetapi suatu konsep bangsa yang dihormati dinegara ini. Bagi menjayakan impian Bangsa Johor maka perubahan perlu dilakukan. Jika tidak impiannya sangat sukar diterjemahkan dalam dunia realiti di Negeri Johor.

TJ : Suhaizan akan bertanding lagi? Rasanya tumpuan kerusi itu dimana? dan apakah rancangan Suhaizan untuk memastikan kemenangan itu berjaya diraih?

Suhaizan : Insya Allah saya akan bertanding untuk kali ke 4 dalam PRU14 atas keputusan PH Johor. Rancangan utamanya  adalah memberi kefahaman sebenar mengapa perubahan perlu dilakukan dan kenapa mereka perlu mengundi parti yang boleh membuat perubahan.

TJ : Yang terakhir, apakah cabaran terbesar PH di Johor dalam menghadapi PRU 14.

Suhaizan : Rakyat Johor yang dahulunya menyokongn UMNO-BN telah ramai berubah. Alhamdulillah. Cuma PH Johor perlu menanggani  3 cabaran. Pertama kumpulan taa’sub, Kedua kumpulan keliru dan ketiga kumpulan kecewa.

Kumpulan ta’asub adalah mereka yang kagum luar biasa kepada parti dan pemimpin sendiri.  Apa sahaja yang dibuat oleh pemimpin dan parti mereka adalah benar dan suci. Perjuangan selainya adalah salah dan batil. Sedangkan pemimpin mereka adalah manusia biasa yang telah melakukan kesilapan.

Kumpulan keliru adalah mereka keliru siapakan pembangkang sebenar. PAS sebelum ini pembangkang. Mereka masih berfikir PAS adalah pembangkang seperti PRU13. Selain itu terdapat pengundi yang keliru dengan BRIM. Mereka akan melilih pemberi BRIM. Mereka keliru dengan BRIM sehingga undi mereka boleh dibeli dengan BRIM.

Kumpulan Kecewa adalah mereka yang kecewa dengan pembangkang yang mereka fikir berpecah. Mereka menaruh harapan perubahan boleh dibuat pada PRU13. Malangnya perubahan tidak dicapai. Mereka lebih cenderung untuk tidak keluar mengundi.

Sekian

 

 

Mengenai tjadmin

Check Also

steve jobs

Bagaimana Dengan Pejabat Steve Jobs Selepas Kematiannya?

Pejabat lama ikon Steve Jobs di Apple masih kekal hampir tidak disentuh sejak kematiannya pada ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>