Monday , September 25 2017
Home / Apa Cerita / Khaled Nordin Didesak Nyatakan Pendirian Mengenai VEP

Khaled Nordin Didesak Nyatakan Pendirian Mengenai VEP

Tan Chen Choon 4Naib Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor, YB Tan Chen Choon hari ini menggesa YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin menyatakan pendirian kerajaan Negeri mengenai kenyataan Menteri Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilaporkan oleh media Singapura yang berkata bahawa kutipan caj RRC (Reciprocal Road Charge) yang bakal dilaksanakan oleh Singapura akan memaksa Malaysia melaksanakan kutipan caj VEP (Vehicle Entry Permit) ke atas kenderaan Singapura yang memasuki ke Malaysia.

Menurut Tan Chen Choon, sekitar 300 ribu warganegara Malaysia, sedang bekerja di Singapura pada hari ini. Akibat tukaran matawang ringgit dengan SD yang yang semakin tinggi,  sebanyak 150 ribu daripada mereka menetap di Johor Bahru dan berulang alik ke Singapura dan Johor setiap hari.

“ Dengan perlaksanaan kutipan caj jalanraya (RRC) 6.4 SD, para pekerja Malaysia ini perlu membayar sebanyak lebih kurang RM75 setiap hari. Sekiranya negara kita melaksanakan kutipan caj VEP, mereka akan dikenakan lagi bayaran sebanyak RM180.00 setiap hari.

Tan Chen Choon yang juga Adun Jementah dalam kenyataan medianya melahirkan kebimbangannya berkaitan langkah Liow Tong Lai itu kerana ia mungkin membawa impak negatif  ke atas ekonomi negara jika pengurangan kedatangan warga Singapura khususnya kepada Johor Bahru yang mana hampir 60 peratus ekonominya bergantung kepada sektor pelancongan.

“ Statistik daripada Jabatan Pelancongan, sebanyak 12.93 juta kali warga Singapura memasuki ke negara kita pada tahun 2015. Manakala pada 6 bulan pertama 2016, ada sebanyak 8.73 juta kali.

Beliau menyifatkan, sungguhpun hal pengangkutan dan kastam adalah dibawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, akan tetapi sekiranya Malaysia melaksanakan kutipan caj VEP, ia akan membawa impak yang besar khususnya kepada negeri Johor.

“ Maka itu, saya menggesa YAB Menteri Besar Johor menyatakan pendirian Kerajaan Negeri ke atas perkara ini secepat mungkin. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

IMG-20170620-WA0039

PH Tanjung Piai Akhiri Jelajah Ramadhan Dengan Sumbangan Bermakna Untuk Asnaf

Dalam program siri jelajah ramadhan kawasan Tanjung Piai, rombongan Adun Pekan Nenas, YB Yeo Tun ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>