Saturday , November 18 2017
Home / Borak Jalanan / Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent

Oliver-Stone-posterSoalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini?

Oliver Stone (OS) : Membuat filem ‘Snowden’ adalah lebih sukar daripada filem-filem saya yang lain, baik filem ‘Nixon’, dan ‘JFK’. Kesukaran ini disebabkan studio-studio yang ada, dikawal oleh syarikat-syarikat yang enggan memberi kerjasama, isunya Snowden itu sendiri yang kini sedang diburu oleh pihak berkuasa Amerika yang kini hidup dalam buangan di Russia.

Terlalu banyak ‘drama’ berlaku disebalik skrin (filem ini). Kami berbincang dengan mereka (studio), mereka menetapkan kepentingan mereka terlebih dahulu, kemudian gagal. Mereka tidak memberitahu kami bahawa mereka akan menghantar naskhah ini ditingkat atas (kerajaan) untuk kelulusan kerana mereka malu untuk berdepan dengan peguam yang mengatakan ini (projek filem snowden) keterlaluan, mereka tidak mahu apa-apa kaitan dengan projek ini kerana mereka terpaksa berdepan dengan Kerajaan Amerika dan Jabatan Kehakiman.

Syarikat BMW dan Apple juga cuba menghalang pembikinan filem ini kerana ia terlalu berisiko.

Apple merasakan akan timbul masalah dengan filem ini kerana mereka telah dinamakan oleh Snowden sebagai salah satu rakan usahasama berkaitan program PRISM ( PRISM adalah salah satu program pengintipan rahsia ) yang telah didedahkan.

Soalan : Adakah ia menjejaskan industri filem Hollywood secara keseluruhan?

OS : Kerajaan AS berpengaruh ke atas perniagaan filem (industri), ada satu kajian bahawa CIA dan Pentagon telah memainkan peranan yang besar dalam pembikinan filem sejak tahun 1990-an. Mereka telah bekerjasama dalam beberapa rancangan TV, mereka bukan hanya beri wang tetapi turut memberi nasihat, ini lebih baik dari memberi penajaan.

Soalan : Sejauh itu?

OS : Sudah tentu, nama saya sendiri tercemar dengan gelaran pakar membuat teori konspirasi, saya dilabel sebagai penyokong sayap kiri.

Soalan : Bagaimana anda melihat masalah ini dalam konteks filem?

OS : Terdapat keperluan untuk mengimbangi fakta dengan drama. Saya berjuang untuk mendapatkan keseimbangan. Tetapi pada akhirnya, hiburan itu yang pertama, tetapi anda tidak boleh mengorbankan kebenaran hanya untuk itu. Yang benar adalah penting dan ia sentiasa menjadi matlamat saya untuk mengetahui lebih lanjut. Saya tidak akan sengaja menyeleweng dari jalan kebenaran.

Soalan : Apa pandangan anda pada Snowden sebagai seorang individu?

OS : Saya bertemu dengan beliau kali pertama di Dacha, Russia secara sulit. Terus terang saya katakan, dia seakan budak sekolah, jenis yang berterus terang dan lurus bendul. Dia mempunyai kekasih sejak 9 tahun lalu, dia tidak minum (arak), tidak merokok atau mengambil dadah. Dia tidak bersosial kecuali hanya duduk didepan komputer, anda boleh katakan dia seperti budak terencat emosi. Dia sekarang lebih pemalu kerana satu dunia mengenalinya, dia seorang yang menyenangkan dan cukup bersopan. Dia juga seorang yang sukar mengungkapkan emosinya. Dia mengidap penyakit epilepsi (seperti dipaparkan dalam filem), penyakit ini adalah isyarat dia menghadapi tekanan yang cukup tinggi dalam dirinya. Ada orang menuduh saya menjadikannya Hero orang kulit Putih, tetapi mereka tidak mengenali Snowden.

Soalan : Apa komen Snowden ketika anda menyatakan hasrat untuk membuat filem mengenai dirinya?

OS : Pada asalnya, dia berkata dia tiada niat untuk menjadikan kisahnya sebagai sebuah filem. Dia berkata, “ awak jangan cari berita untuk difilemkan, ini gila!. Filem ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan, saya cukup kagum dengan dia kerana dia cukup berhati-hati. Pada akhirnya, Snowden mula menceritakan kisah dan latar hidupnya. Segala perihal apa yang dia buat dengan komputer, kerajaan serta tugas terakhirnya di Hawaii.

Soalan : Bagaimana anda bekerja untuk filem ini?

OS : Setelah saya mendengar sendiri penerangan Snowden tentang tahap pengawasan (intipan), saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan skrip filem ini tidak bocor atau pergi ke tangan yang salah. Saya menulis skrip pada satu komputer yang tidak pernah bersambung dengan Internet. Apabila produksi mahu berkongsi skrip, saya akan mencetak beberapa salinan dan kemudian menghantarnya ke alamat yang berbeza-beza. Seseorang akan pergi mengutip skrip-skrip dari alamat itu, kemudian mengumpul dan menyerahkan skrip itu kepada produksi.

Soalan : Bagimana dengan aktor utama filem ini?

OS : Saya tak mengejar pelakon berstatus bintang untuk filem ini. Saya pergi menemui Joseph (Joseph Gordon-Levitt  ), saya tak begitu mengenalinya, tetapi saya rasa dia mempunyai persamaan dari segi fizikal dan emosi, jenis orang yang mengawal diri.

Soalan : Bagaimana dengan pelakon Heroinnya?

OS : Saya pun tidak mengenalinya sangat ( Shailene Woodley – memegang watak kekasih Snowden), dia seorang aktivis.

Soalan : Bagaimana dengan diri anda? Adakah anda bimbang diintip oleh mana-mana pihak?

OS : Saya cuba untuk berjaga-jaga, saya gunakan maklumat yang ada untuk membuat apa-apa permintaan, saya mengupah peguam untuk bertindak jika perlu. Tetapi setakat ini saya dapati tiada masalah yang timbul. Adalah sia-sia mengejar pembuat filem, pengarah yang relatif tidak berbahaya kepada dunia.

Mengenai tjadmin

Check Also

steve jobs

Bagaimana Dengan Pejabat Steve Jobs Selepas Kematiannya?

Pejabat lama ikon Steve Jobs di Apple masih kekal hampir tidak disentuh sejak kematiannya pada ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>