Friday , January 19 2018
Home / Apa Cerita / ‘Khaled Nordin Tiup Semangat Nasionalis Perkauman’ – Sheikh Omar

‘Khaled Nordin Tiup Semangat Nasionalis Perkauman’ – Sheikh Omar

sheikh omarKhaled Nordin dianggap sedang meniupkan semangat nasionalisme perkauman di Johor kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor,Sheikh Omar Ali.

Dalam satu kenyataan lewat semalam, Sheikh Omar mengulas serangan Menteri Besar Johor itu ke atas DAP tidak membela nasib kaum Melayu dan India di Pulau Pinang.

“ Di akhir ucapannya, Khaled menyerang hendap DAP seolah-olah DAP tidak ada semangat nasionalisma dan cintakan negeri Johor.

“ Pendekatan Khaled Nordin juga saling tak tumpah dengan pendekatan Trump dalam berhadapan seteru politiknya, ujar Sheikh Omar.

Donald Trump yang menang pilihanraya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini dianggap menggunakan sentiment nasionalis kulit putih Amerika dalam kempennya menentang calon parti Demokrat, Hillary Clinton.

Minggu lepas, dalam satu sesi penggulungan perbahasan belanjawan negeri Johor 2017, Menteri Besar telah mendakwa kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga Ketua Menterinya dari parti DAP hanya membela kaum Cina sahaja dan mengabaikan orang Melayu dan India. Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

Demo-PH-Dun-Johor-1

Jawapan Khaled Nordin Kontradik – PH Johor

Dalam stau kenyataan media Pakatan Harapan Johor yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>