Friday , January 19 2018
Home / Apa Cerita / Peruntukan Di Jabatan Perdana Menteri Luar Biasa

Peruntukan Di Jabatan Perdana Menteri Luar Biasa

parlimen malaysiaDari jawapan bertulis Menteri di JPM, Dato’ Seri Azalina Othman Said berhubung soalan MP Kluang, beliau menyatakan, sebanyak RM11.01 bilion peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan akan disalurkan menerusi 31 bahagian di JPM yang bakal terlibat dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (pusingan kedua) sepertimana yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi.

Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang telah mengulas jawatan kepada soalannya berkaitan belanjawan ke atas Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan menerima sejumlah RM15.94 bilion peruntukan dari bajet 2017.

Dari jawapan itu, belanjawan JPM terbahagi kepada perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing RM4.92 bilion dan RM11.01 bilion.

“ Saya sifatkan jumlah ini adalah terlampau besar lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk kementerian-kementerian lain seperti kesihatan, pendidikan, kebajikan dan kepolisian dipotong. Ujar Chin Tong dalam kenyataan medianya.

Dalam jawapan bertulis itu juga, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah memberitahu terdapat keseluruhan 92 unit di JPM. 57 bahagian, 10 badan berkanun, 13 syarikat, 5 agensi pembangunan koridor, 5 badan asasi dan 2 organisasi antarabangsa.

Chin Tong berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mewujudkan terlalu banyak agensi dibawah seliaan JPM. Secara tidak langsung, hal ini akan menghakis peranan kementerian-kementerian sedia ada.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak wajar berada dibawah JPM tatkala kerajaan sudah ada Kementerian Pengangkutan.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan sebelum ini telah menimbulkan isu sejumlah peruntukan di JPM yang disifatkan sebagai ‘dana gelap’ dimana ianya tidak wujud sebelum ini selain di era pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri. Tj.

Mengenai tjadmin

Check Also

Demo-PH-Dun-Johor-1

Jawapan Khaled Nordin Kontradik – PH Johor

Dalam stau kenyataan media Pakatan Harapan Johor yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>