Friday , January 19 2018
Home / Apa Cerita / Johor Bakal Jadi Negeri Paling Maju

Johor Bakal Jadi Negeri Paling Maju

Bajet-Johor-mobile-popupMenteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa negeri Johor bakal menjadi kuasa ekonomi yang baharu bagi negara apabila usaha secara besar-besaran untuk mencapai matlamat tersebut akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Demikian laporan portal berita kerajaan johor Jauhar.my

Beliau berkata, usaha ke arah itu juga akan membantu melonjakkan Johor menjadi negeri yang paling maju di selatan tanah air.

“ Dalam usaha menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan, Kerajaan Negeri meletakkan tiga tonggak utama dalam pelaksanaannya.

“Antaranya kita akan tentukan ia dapat membawa kemakmuran material, membantu mengatasi isu-isu sosial dan akhirnya dapat mengukuhkan keperibadian dan jati diri masyarakat di negeri Johor,” katanya dalam satu sidang medianya di Kluang semalam.

Khamis ini Menteri Besar Johor akan membentangkan Belanjawan Negeri 2017 di Dewan Negeri, Nusajaya. Liputan itu boleh disaksikan di slauran Best FM 104.1, Johor FM 101.9 serta di www.johor.gov.my

Mengenai tjadmin

Check Also

Demo-PH-Dun-Johor-1

Jawapan Khaled Nordin Kontradik – PH Johor

Dalam stau kenyataan media Pakatan Harapan Johor yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>