Saturday , November 18 2017
Home / Borak Jalanan / Bagaimana Dengan Pejabat Steve Jobs Selepas Kematiannya?

Bagaimana Dengan Pejabat Steve Jobs Selepas Kematiannya?

steve jobsPejabat lama ikon Steve Jobs di Apple masih kekal hampir tidak disentuh sejak kematiannya pada 5 Oktober 2011. CEO Apple yang baru, Tim Cook mendedahkan dalam satu temu bual pada 18 Mac 2015, 4 tahun selepas kematian Steve Jobs dimana pasukannya masih mengekalkan keadaan pejabat beliau sama seperti keadaan Steve Jobs masih hidup.

Tanda nama di pintu pejabatnya masih kekal dan Tim Cook tidak menggunakan pejabat itu sama sekali.

Tim Cook – Saya belum membuat keputusan mengenai apa yang kami akan lakukan di pejabat ini. Buat masa ini saya mahu mengekalkan seperti sediakala. Mengimbau kembali masa lalu, saya pernah berada di sana dengan Laurene [isteri Steve] pada suatu ketika dimana lukisan anaknya masih disitu. Saya juga ada membawa Eve [anak perempuan Steve] ke bilik ini sepanjang musim panas dan dia melihat beberapa perkara yang dia telah dilukis pada papan putih pada tahun-tahun awal usaha Steve.

Pada permulaannya ( dilantik menggantikan Steve ), saya secara peribadi memang tidak mahu masuk ke pejabat (CEO) ini, pada saya itu terlalu besar dan berat.

Kini saya lebih menghargainya, saya hanya ke pejabat ini sekali sekala. Apa yang akan kami lakukan dalam tempoh masa ini, saya tidak tahu. Saya tidak mahu masuk dan gunakan pejabat ini, saya rasa itu tidak sepatutnya kerana saya rasa dia (Steve) seorang yang tidak boleh ditukar ganti.

Komputer mendiang masih di situ, mejanya masih begitu, buku-bukunya juga masih di situ, tetapi ada beberapa barang yang telah dibawa pulang oleh Laurene (isteri Jobs).

Saya tidak tahu, saya cuma mahu kekalkan namanya di pintu pejabat ini. Itulah yang sepatutnya, itu yang saya rasakan.

Mengenai tjadmin

Check Also

Oliver-Stone-poster

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent Soalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini? Oliver Stone ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>