Saturday , November 18 2017
Home / Borak Jalanan / “Kita dah hilang kerajinan bekerja” – Pak Sanip

“Kita dah hilang kerajinan bekerja” – Pak Sanip

Jpeg

Bahagian Akhir

Pak Sanip, kini menikmati masa persaraannya daripada bidang perguruan dengan melukis serta bersosial dengan artis dan peminat seni.

Tj : Latarbelakang karya Pak Sanip ni sebahagian besarnya, juga ada elemen sejarah. Betul ke?

PS : Iya, I memang meminati sejarah. Tetapi I tak melihat Myth itu sebagai sejarah seperti sejarah peristiwa. Di Johor ni memang banyak sejarah yang bercampur dengan cerita myth, So you have to study all that.

Tj : Pak Sanip banyak merakam sejarah Johor?

PS : Tidak juga, tetapi kita tahu latarbelakang negeri dan rakyat ini. Sejarah bagaimana Singapura terlepas ke tangan British, kisah kerajaan Lingga, Bugis, Riau. I study history not only to understand the story, but to learn who are we.

Sebelum wujud retorik Bangsa Johor ini, bangsa ini memang kuat kerja. Yang bijak pandai banyak terlibat dengan politik. Abad ke 14 lagi Johor ni memang dah maju, maju dalam hal hubungan antarabangsa.

Kita melayan kuasa British dan Belanda sebagai rakan dagang dan politik, not as a penjajah. Tapi yang bijak-bijak ini gelap mata dengan material, perhitungan politik silap hingga Singapura digadai dengan jumlah wang yang cukup kecil.

Jpeg

We can blame British, anyone, you named it. Tapi pokok pangkalnya, kebijaksanaan kita kalah dengan ‘material’. In these case, you cant blame British, why? Because they need to secured their bussineses, need protection, so they will do everything including to bribe you, bribe the officer. So, ini salah siapa? But history is history-lah.

Tj : Wah, kena ngeteh ni Pak Sanip.

PS : haha, can..can.. after this.

Tj : Banyak buat pameran (seni)?

PS : Sekarang kurang. I lebih banyak berjalan. Bila dirumah baru buat painting.

Tj : Apa harapan Pak Sanip sekarang, maksud saya dengan situasi ekonomi dan politik kita sekarang, apakah Pak Sanip masih berharap?

PS : Hmm.. ( mengeluh sambil membakar rokok ). Kita dah hilang kerajinan bekerja, attitude memiliki sesuatu dari titik peluh sendiri boleh dikira hampir tak ada dikalangan orang sekarang. Im not understand why we so happy about BR1M. To me, itu satu penghinaan kepada orang Melayu. Budaya kita adalah budaya peneroka, bukan maksud I peneroka felda, tapi peneroka bidang-bidang tertentu.

Jpeg

Contoh dulu-dulu, kita ni peneroka dalam bidang tanah, pertanian. Kita teroka hasil pengeluaran kita dan berdagang dengan bangsa luar. Dulu mana ada peruntukan kerajaan nak semai biji penih atau buka ladang.

I just hope, kita dapat kembali menghayati budaya kita, budaya kerja, budaya meneroka, budaya memberi bukan budaya menerima atau meminta.

In arts, you can understand how we can re-build or re-shape our future. Arts ini antaranya belajar memahami persekitaran, masa, ruang dan perspektif. You are also in arts, you will understand. Haha..

Tj : Ok Pak Sanip, terima kasih banyak. Jom kita, kata nak ngeteh.

PS : Boleh-boleh.

Kami menyambung perbualan singkat ini di café berdekatan rumah Pak Sanip.

Jpeg

Mengenai tjadmin

Check Also

Oliver-Stone-poster

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent Soalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini? Oliver Stone ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>