Monday , September 25 2017
Home / Borak Jalanan / Pak Sanip – The Fighter

Pak Sanip – The Fighter

Jpeg
Pak Sanip dan Studionya

Bahagian 1

Pak Sanip, asalnya seorang guru senilukis sejak tahun 1960an lagi. Dia seangkatan dengan tokoh-tokoh besar seperti Ibrahim Hussein, walaupun namanya tidak segah pelukis itu, kegigihan dan konsistensi beliau berkarya, sama tarafnya.

Dia pernah ke Singapura belajar seni lukis, pernah merantau ke Amerika Syarikat, ke negara-negara Eropah untuk mendalami dan memahami bidang senilukis ini. Cintanya pada senilukis cukup luar biasa.

Kini berumur 79 tahun, disebuah rumah banglo ditengah-tengah Kota JB, sebuah ruang yang cukup selesa bagi beliau untuk berkarya dengan warna dan kanvas.

TJ : Gaya lukisan Pak Sanip ni ada macam impresionis, ada yang macam ekspresionis, ada ala-ala native art. Mana satu ni Pak Sanip?

Jpeg
Catan Lanskap

PS : Yes, its all around here, saya melukis tak ikut ism. Saya minat pada semua teknik dan dia banyak bergantung pada diri saya ketika saya melukis. Saya sayang semua ism-ism ini. Ia adalah penemuan intelektual pengkarya zaman klasikal, baroque dll. Zaman ini kita melukis berdasarkan cara kita berasimilasi dengan nature, environment. It’s freedom for us.

TJ : Apa yang Pak Sanip Lukis? Ada figuratif, ada lanskap, kenapa macam-macam?

PS : As I said, I paint whatever I feel at that moment. You know, sometimes when I’m outing to somewhere, anywhere. I saw people and nature, it gives me an inspiration about how people interact with their surroundings and their nature. It’s infinity, sangat asyik, mengasyikkan. Dia timeless, kau faham tak? Never ending story about human and nature. Macam politik la, after you beat your opponent, you create another one kah kah kah..

( Pak Sanip pancing..kami gelak sakan )

Jpeg
Lukisan Tajuk : Buffalo

TJ : Yang lukisan satu ni macam Pago-Pago la Pak Sanip. Ye ke?

PS : No no.. you see carefully. Ini cerita tentang Buffalo. Its about strength, energy, hardworking. You see, nowdays, masyarakat kita tak ada elemen ni lagi. Tak kuat kerja, happy dapat BR1M, no more hardworking, no more strength, no sweat.. Keupayaan..desire masyarakat kita is gone. So, buffalo ni aku imbau balik our tradition..our culture yang menjadikan kita peneroka suatu masa dulu. Western jadi penjajah, we explorer because nenek moyang kita is hardworking..like buffalo, tahan lasak.

TJ : Yang jalur tengah merah tu apa?

PS : Hahaha.. itu blood..our tears.. its priceless..

 

Bersambung Siri 2…

Mengenai tjadmin

Check Also

Oliver-Stone-poster

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent Soalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini? Oliver Stone ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>