Saturday , July 29 2017
Home / Ambil Tahu / Forum Bangsa Johor – Rumusan

Forum Bangsa Johor – Rumusan

IMG-20160424-WA0000Dalam siri pertama Forum Bangsa Johor ini, para panelis berkongsi pandangan dari pelbagai sudut mengikut profesion mereka. Ikuti sudut pandang mereka yang mungkin dapat memberi buah fikiran kepada kita untuk direnung dan difahami.

Kadir Jasin

Dengan gaya yang sinikal dan bersahaja, bekas Ketua Pengarang NST ini berjaya memberi penjelasan yang cukup mudah. Bagi beliau dalam isu Najib ini, Tun M tiada dedak untuk diberi makan kepada ayam-ayam, tidak seperti Najib.

Bagi Datuk Kadir Jasin kesemua mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat adalah atas dasar kesedaran individu, iaitu sebagai rakyat Malaysia, bukan berdasarkan kehendak atau keputusan mana-mana parti politik.

Sungguhpun begitu, dalam konteks Deklarasi Rakyat ini, ia bukan hanya kerana isu 1MDB sahaja, tanpa isu 1MDB ini, pentadbiran Najib sudah sangat teruk, pentadbiran Najib dilihat begitu mudah dan banyak mencipta hutang hingga hari ini kerajaan sudah tidak dapat menampung hutang yang sudah mencecah angka enam puluh peratus.

Beliau sempat berseloroh mengatakan jika hari ini Liew Chin Tong masuk Islam dan bersunat, esok ditabalkan menjadi Perdana Menteri sekalipun, masalah ekonomi negara ini tidak dapat dipulihkan untuk satu jangka masa yang cepat. Mungkin perlu mengambil masa empat atau lima tahun untuk benar-benar pulih. Namun jika Najib terus kekal berkuasa, rakyat pasti akan lebih menderita, dan hari ini kelihatan dengan jelas bahawa Najib tidak akan berundur.

Bagi Kadir Jasin, beliau berpendapat bahawa tidak ada jalan lain lagi kecuali mendesak Najib meletakkan jawatan. Dan inilah isi pertama dalam Deklarasi Rakyat.

Dalam menjawab pertanyaan apakah Majlis Raja-raja atau Agong mempunyai kuasa untuk memecat Najib. Kadir Jasin menjelaskan bahawa dalam sistem Perlembagaan Malaysia, Agung atau Raja tidak boleh memecat Perdana Menteri atau Menteri Besar. Pemecatan PM atau MB hanya boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu, kegagalan PM atau MB mendapat sokongan majoriti di dewan negeri atau dewan rakyat, atau sesuatu keadaan luar jangka berlaku seperti MB atau PM itu disahkan gila.

Kadir Jasin menambah, belum pernah ada suatu ketetapan daripada mesyuarat Majlis Raja-raja yang bertitah suapaya kes 1MDB disiasat segera dan pelakunya dihadapkan kemuka pengadilan. Ini belum pernah terjadi dalam mana-mana mesyuarat raja-raja. Tetapi kerajaan Najib buat tak tahu malah Peguam Negara yang baru, dengan mudah membersihkan Najib dari skandal 1MDB. Hari ini pula, upah gaji hakim-hakim telah dinaikkan berganda-ganda. Kata-kata Tun M benar iaitu politik Najib, cash is king.

Soalan siapa pengganti Najib jika beliau meletakkan jawatan

Kadir jasin – Jika mengikut perlembagaan dan sistem yang kita amalkan, pengganti beliau haruslah mereka yang mendapat sokongan majoriti di dewan rakyat. Siapa jua Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ( majoriti ) punya peluang untuk menggantikan Najib, mungkin Azalina Othman Said (Pengerang), mungkin Ahmad Maslan (Pontian) atau mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), seloroh beliau.

Dan pengganti Najib ini bersifat sementara kerana ia hanya untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada. Ia bersifat jangka pendek kerana, selepas pengganti ini diperolehi, kerajaan sedia ada itu akan segera menyusun kembali pentadbiran (reformasi) dan menempuh pilihanraya yang baru untuk mendapat mandat yang lebih solid. Ini tidak boleh dielak oleh Perdana Menteri yang baru.

Hishamudin Rais – adalah mustahil untuk pihak pembangkang memperolehi Perdana menteri dikalangan mereka kerana mereka bukan majoriti didewan rakyat. Jadi isu itu tidak timbul kerana hanya parti yang menguasai majoriti di parlimen sahaja yang layak dicalonkan sebagai pengganti Perdana Menteri.

Penjajaran Politik

Liew Chin Tong pula membawa cadangan tentang apakah keadaan ini akan membolehkan penjajaran semula ( political re-allignment ) politik Malaysia. Yang mana, kini PAS dilihat bersama UMNO, manakala tokoh-tokoh UMNO ( Tun M, TSMY dll ) pula semakin cenderung bersama Pakatan Harapan. Jika wujud penjajaran semula sudah pastinya, sejarah politik Malaysia tiadak akan sama lagi selepas ini.

Pandangan ini dipersetujui oleh Datuk A.Kadir Jasin. Beliau menyatakan bahawa tidak pernah terlintas dimana-mana ramalan politik bahawa Tun M dan Lim Kit Siang akan mampu bersama untuk satu tujuan politik. Beliau sendiri tidak pernah menyangka akan bersama Liew Chin Tong, Amanah, DAP dan PKR serta NGO yang lain untuk berkongsi matlamat yang sama. Tetapi ia berlaku pada hari ini.

Hishamudin Rais juga berpendapat bahawa, pernah suatu ketika, Presiden Franklin D. Roosevelt, Winston Churchill dan Stalin yang berlainan ideologi, mampu duduk dan berpakat untuk bersatu menentang Nazi Hitler. Jadi mengapa kita pelik dengan apa yang berlaku ketika ini di Malaysia.

Hasham menambah bahawa, sejarah Tun M selama dua puluh dua tahun menjadi PM bukanlah agenda Deklarasi Rakyat pada hari ini, agenda sekarang adalah menolak Najib.

Makna Deklarasi Rakyat

Malah, Hisahamudin menambah bahawa Deklarasi Rakyat juga bukanlah manifesto pilihanraya yang mana manifesto pilihanraya biasa akan meletakkan pelbagai dasar dan agenda untuk dilakukan, baik  agenda memperjuangkan dasar petani, buruh, pemandu teksi, hatta memperjuangkan hak pemakai baju kebaya. Dalam manifesto semuanya ada.

Tetapi Deklarasi Rakyat bukan manifesto pilihanraya seperti itu, yang ada dalam Deklarasi Rakyat ini ialah tuntutan untuk menolak najib dan mereformasikan sistem kehakiman dan badan-badan eksekutif, itu sahaja. Mengapa orang politik begitu bebal untuk memahami perkara asas ini.

Untuk Semua Patriot

Bagi Dzulkefly Ahmad yang mewakili Amanah pula berpendapat bahawa pada 4 Mac 2016 yang lalu merupakan defining moment untuk politik Malaysia. Ia menunjukkan patriot sebenar, kerana Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan Lim Kit Siang mampu menolak ketepi sejarah perseteruan mereka demi menyelamatkan Malaysia.

Perkara ini harus mengajar kita bahawa, dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku apatah lagi ketika ini kita dan semua rakyat sedang berdepan dengan dilema samada untuk politik parti/peribadi dengan politik untuk negara atau kepentingan nasional. Hari ini kita dapat melihat sejauh mana semangat patriotik seseorang itu dalam berhadapan dengan dilemma meruncing ini. Kita akan dapat mengenali, politikus mana yang yang hipokrit dan siapa yang patriotik.Tj

Mengenai tjadmin

Check Also

IMG-20170529-WA0036

Edar Kurma, Tradisi Lim Kit Siang Menghormati Muslimin dan Muslimat Dibulan Ramadan

Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Harapan kawasan Tanjung Piai disambut mesra oleh rakyat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>