Monday , September 25 2017
Home / Borak Jalanan / Suami Mithali

Suami Mithali

DSC_0871

Nama aku Ahmad Ishak bin Sulung. 41 tahun, aku duduk di Taman Pulai Indah, dah lama juga. Aku berniaga, aaa… kerja sendiri, meniaga jual air minuman. Pendapatan dalam seribu sebulan. Aku dah berkahwin. Anak 3 orang, semua perempuan, Alhamdulillah dah itu yang dapat hehe.. dan benda ni rezeki la kan, terima ajelah.

TJ : Macam mana kau kenal dengan orang rumah? 

Hak : Panjang cerita kalau kau nak tahulah. Tapi tak apa aku cerita ringkasnya. Mula kat tempat kerja, kat Pasir Gudang. Kat situ aku kenal dia dekat salah sebuah kilang chemical. Masa tu dia fresh graduate, dia kerja pun sementara ganti orang nak cuti bersalin, lepas tu aku kenal dan aku ngoratlah haha..

TJ : Masa kau kenal dia tu dia dah sakit ke belum? Aku nak tau cara kau handle keadaan bini kau.

Hak : Masa kenal dia, dia belum sakit lagi. Aku kenal umur dia dalam 22, umur aku masa tu 28, masa tu dia belum sakit lagi. Masa tu dalam tahun 2004. Dah 12 tahunlah kan.. Lebih kurang dalam setahun aku kenal dengan dia, terus kahwin.

Tahun yang kedua tu sampai tahun yang ke lapan, lepas dapat anak yang ketiga baru dapat tahu dia ada sakit.  Itu pun lepas disahkan doktor. Dia sakit buah pinggang, jadi kita memang tak rasa sakit tu, kalau sakit tangan tahulah kita kan, ni sakit buah pinggang. Mungkin dari dulu dah ada sakit tu cuma tak serius, bila dah sampai errr… yang dia rasalah bila lepas dapat anak ketiga tulah. Kebetulan tu baru dapat doktor sahkan.

TJ : Dah sampai peringkat apa lepas pengesahan doktor tu? Yelah, penyakit macam tu ada peringkatnya kan. Jadi macam bini kau ni dah sampai peringkat yang mana satu ke dua ke tiga ke…?

Hak : Masa baru dapat tahu doktor tak bagi tahu peringkat ke berapa tapi rasa aku macam peringkat kedualah. Sebab masa tu ok lagi. Lepas dapat pengesahan pertama 2010 masih ok lagi, tapi bila dah peringkat serius tu dalam 2013.

Masa tu (2013) terus doktor bagi tahu dua-dua buah pinggang dah rosak. Bila buah pinggang rosak dan tak berfungsi kau taulah, memang kena dialisis. Terus dialisis.

Masa 2013 tu aku pun masih terkejut lagi sebenarnya, macam tak boleh nak hadam kan… alih-alih tiba-tiba jadi, dalam setahun aku biar aje. Dalam setahun aku biar tak pergi dialisis, memang terasalah (sakit). Dia effect pada fizikal dia, badan dia selalu sakit, lemah.

TJ : Macam mana perasan kau bila mula-mula kau dapat tahu masalah tu? Macam mana kau tangani perasan kau dan kau buat apa?

Hak : Masa yang aku tahu awal tu… biasa lagi, relax lagi, bila doktor dah sahkan serius, lepas dua-dua buah pinggang dia out tu kan  masa tu hah.. (diam).

Macam bini aku ni dia ada ilmu sikit, macam aku ni support saja sikit-sikit. Aku tengok pada penerimaan dia dulu macam tu, aku bila tengok dia agak ok (terima keadaan).

Aku risau juga sebenarnya sebab kau tahulah benda ni bukan senang orang nak hadapi, perasaan aku sebenarnya risau.

Jadi langkah aku buat aku support dia dengan bawa dia pergi appointment dengan doktor. Lepas tu ikut saja apa rawatan yang perlu dibuat. Macam aku, tak banyak support macam (gelak) apa tu… hah! Motivasi !.

Oleh sebab dia orang yang ada ilmu, jadi dia dah terdedah dengan benda (motivasi) macam ni. Kadang-kadang aku cuma pesan sikit-sikitlah macam sabar, ni dugaan, ni dah takdir.

TJ : Macam mana kerja rumah yang sebelum ni bini kau buat?

Hak : Dalam waktu sakit tu memang hundred percent aku buatlah. Bila balik kerja terus aku buat kerja rumah pulak. Kena bagi kerjalah, tak boleh duduk diam je. Semua kerja aku buat, cuma masak aje aku tak boleh buat, bukan tak boleh tapi tak pandai.

Kalau dia sakit aku beli (makan) kat kedai. Masa aku kerja tetap dulu, sebelum kerja sendiri pun aku buat macam ni. Aku balik aje dari kerja, aku kemas baju, lipat baju, cuci rumah, gosok baju sekolah anak, sapu rumah, basuh baju hundres percent lah aku buat dia (isteri) tak boleh buat apa, dia sakit kan.

TJ : Macam mana kau yakinkan anak-anak kau tentang bini kau ni?

Hak : Macam anak-anak aku sewaktu bini aku sakit dia orang ni kecil-kecil lagi. Yang paling sulung pun baru darjah satu… eh darjah satu apa baru 6 tahun. Jadi masa tu dia orang tak boleh fikir lagi tau, jadi maknanya senang jugalah bagi aku nak jadikan (kerja) ni macam rutin dia oranglah.

Jadi dia orang tak ralat sebab dia orang dah terbiasa dengan hidup bermak yang sakit ni. Sampai kalau dia orang makan pun dia orang minta kat aku. Aku pulak buat time (jadual), jadi dia orang ikut aja time tu. Cuma bila dia orang cari mak dia orang, aku pesanlah sikit jangan kacau mak, mak sakit, kalau nak apa-apa, beritahu ayah. Macam tu sajalah…

TJ : Apa yang kau harapkan dari pengorbanan yang kau buat selama ni?

Hak : Pengorbanan ni aku harapkan aku dapat tiket sajalah.

TJ : Tiket?

Hak : (Wajah sayu) Yelah.. tiket tu maknanya bila kita mati nanti pengorbanan tu biarlah Allah Taala yang menilai. (Sebak) aku tak berani nak menilai kan. Aku ni sape, aku usaha aje. Bila aku buat ni, aku ikhlas buat sebab benda ni memang dah biasa bagi aku dah.

TJ : Apa pesanan kau pada kawan-kawan?

Hak : Yang pertama tu sabar (ketawa kecil), sebab itu saja yang aku tahu. Sabar lepas tu kena lalui dan terimalah, sebab dah itu yang ditakdirkan. Sabar…

Mengenai tjadmin

Check Also

Oliver-Stone-poster

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent Soalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini? Oliver Stone ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>