Saturday , November 18 2017
Home / Borak Jalanan / Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) Pilih Karier Pemandu Teksi

Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) Pilih Karier Pemandu Teksi

20160229_150422

Yazid Hamzah, beliau merupakan Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang. Ikuti Borak Jalanan oleh Tj dengan beliau.

Abang Yazid : Abang berumur 41 tahun, dah jadi pemandu teksi sepenuh masa sejak lima tahun lalu. Abang lahir di Melaka tapi membesar sejak kecil di Kluang. Bersekolah di Sekolah Tinggi Kluang sampai habis. Lepas belajar abang kerja di Rever-Tech Malaysia selama 18 tahun. Lepas tu abang ambil keputusan untuk keluar dan buat perniagaan. Tapi akhirnya abang rasa bawa teksi ni paling mudah setelah lalui pengalaman perniagaan lain.

TJ : Kenapa teksi ?

Abang Yazid : Kerja bawa teksi ni senang, kita jadi pengurus sendiri, tak perlu fikir nak bayar sewa kedai, tak payah fikir nak bayar gaji pekerja, itu masalah kalau berniaga besar. Kalau teksi ni, permit dan teksi kita punya sendiri, pekerja kita bos pun kita, semua kita sendiri ( bebas ).

TJ : Kenapa teksi abang warna hijau? Kenapa tak macam teksi lain?

Abang Yazid : Ikut definisi daerah, teksi abang ni kira kereta sewa, dalam permit, kereta sewa tak boleh berwarna merah, maknanya kena guna sebarang warna selain merah. Abang pilih hijau ni sebab Mak suka avanza warna hijau (ketawa).2016-03-02 14.41.04

TJ : Boleh cari makan ke bawa teksi ni? Ada lagi ke orang nak naik teksi di kluang?

Abang Yazid : Nak mewah tu takdelah, tapi nak cari makan, untuk anak-anak tu masih boleh la, tak ada masalah. Pendapatan kasar sejak lima tahun bawa teksi ni kurang dari dua ribu sebulan. Tu kira bawah taraf kemiskinan juga tu

TJ : Siapa pelanggan?

Abang Yazid : Kebanyakkannya orang luar, orang asing.

TJ : Ada orang luar ke di Kluang? Pelancung?

Abang Yazid : Pekerja asing la.

TJ : Memandu teksi biasanya drive ke mana?

Abang Yazid :  Abang suka jalan jauh, paling jauh pernah pergi kedah. Kalau tak ada, bawa dalam daerah kluang saja.

TJ : Ok bang, pemandu teksi dan kos sara hidup, abang rasa camana?

Abang Yazid :  Pada Abanglah, abang tak nak sentuh mana-mana pihak. Tapi pada abang, pendapatan pemandui teksi ni kira masih rendah lagi la. Bila harga barang naik, kita yang teruk terjejas. Barang naik tapi kita tak boleh naikkan kadar sewa sesuka hati.

TJ : Kenapa tak naikkan sikit dengan harga yang sesuai?

Abang Yazid : Kalau kita naikkan juga, nanti penumpang yang terjejas, terkesan. Pelanggan akan kurang dan orang tak nak naik teksi lagi. Kesannya pada kita juga.

TJ : Ada orang kata, pemandu teksi ni celik politik, betul ke?

Abang Yazid : Kebanyakkan pemandu teksi ni orang celik politik sebab masa memandu, biasa penumpang akan cakap tentang politik, kita pemandu teksi kena bijak la layan pelanggan yang naik kereta kita. Kita pun memang akan cakap politik juga, layan. Kita pun main peranan juga terangkan isu, takkan kita nak bohong pulak. Kita pemandu teksi la paling celik sebab pelanggan ni dah kira jadi duta politiklah (ketawa).

Mengenai tjadmin

Check Also

Oliver-Stone-poster

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent Soalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini? Oliver Stone ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>