Monday , September 25 2017
Home / Borak Jalanan / Kita Semua Sayangi Johor, Ini Negeri Kita

Kita Semua Sayangi Johor, Ini Negeri Kita

IMG_1049

TJ : Tq YB sebab sudi buang masa dengan kami.

( ketawa ).. tak ada masalah. Panggil saya saudari aje, tak payah YB.

TJ : Oklah.. Sebelum you jadi YB, dulu you siapa? Kerja sebagai apa?

Dulu saya wartawan portal berita sebelum aktif dalam politik. Tapi, bila saya decide masuk DAP, saya resignlah sebab saya rasa kalau tak resign, itu akan beri kesan negatif kepada portal berita tempat yang saya kerja tu.

Lepas tu saya kerja sebagai setiausaha eksekutif untuk Biro Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, di HQ parti.

TJ : Katanya dulu you belajar di Taiwan kan? Kenapa pilih Taiwan? Sebab murah? atau sebab bahasa? Budaya? Cina?

Pilihan pertama saya sebenarnya kat Nanyang Technology University, Singapura. Pilihan tu bukan sebab bahasa atau kewangan, tapi minat saya. Saya minat dalam kewartawanan saja. Itu sebab saya tidak merancang pergi sekolah lain. Taiwan sebenarnya adalah pilihan kedua saya. Sebabnya? Murah, dan paling penting saya ditawar belajar di sana !

TJ : Suki ( panggil Suki ya ? )…

TJ : Ada sesetengah pihak kata Cina ini tak cukup patriotik, tak cukup Malaysia. Cakap BM pun tak fasih. So, betul ke? Cuba story sikit…

Dulu, memang saya tak fasih dalam bahasa. Kawan-kawan saya yang belajar di Sekolah kebangsaan pun selalu kutuk saya kerana BM saya betul-betul teruk. Kini saya tak ada masalah nak ceramah dalam BM, dah guna hari-hari.

Tapi, saya tak rasa ini tanda tak patriotik. Macam contoh, tiap-tiap kali Thomas Cup bila pasukan Malaysia lawan dengan China, awak tengok kaum Cina Malaysia sokong pasukan Malaysia ataupun China?. Orang Cina sayangi negara ni walaupun mereka tak ikut cara yang macam orang lain (atau kerajaan) minta mereka buat.

TJ : Ada lagi orang kata, ( Melayulah tu ). Katanya orang Cina ni semuanya pandai berniaga. Kalau berniaga mesti cepat maju, mesti cepat kaya. Tak macam orang Melayu, berniaga selalu rugi. Betul ke?

(muka terkejut)..

Kalau orang Cina betul-betul pandai sangat berniaga, kenapa semua ahli keluarga saya bekerja makan gaji? Bagi saya, ni dah jadi salah satu “myth” (metos) yang perlu dibetulkan. Saya tak nafikan ada sesetengah orang memang pandai berniaga, tetapi mereka tidak mewakili semua orang Cina.

Ada yang pandai, ada yang tidak cerdik, ada yang “workaholic”, ada yang “enjoy life”. Seperti horoscope lah, takkan semua orang yang lahir tahun sama, bulan yang sama dan ada sifat yang sama.

Saya percaya keluarga dan pendidikan memainkan peranan penting untuk potensi kerjaya seorang itu. Tu bukan ditentu oleh gen (genetic), kalau kerjaya ataupun keupayaan tu ditentu oleh gen, ini dah jadi satu fikiran seperti facist

TJ : Ok..Apa komen you tentang Bangsa Johor? You rasa you ni Bangsa Johor juga ke? Sebab apa?

Hmmm……saya pernah berbual dengan kawan negeri lain tentang orang Johor. Saya hairan mereka semua takut bila ternampak kereta Johor atas jalan. Mereka komen kata pemandu Johor memandu seolah-olah “jalan tu bapa dia yang punya” (cara yang amat bahaya) (ketawa).

Saya rasa itu mungkin sebab persekitaran lain daripada negeri lain. Hubungan kerjasama di antara kaum-kaum pun ada berbeza, orang Johor miliki sejarah kerjasama di antara kaum yang lebih lama. Johor moden ini ditubuh oleh semua orang tidak kira kaum dan bangsa. Walaupun kita mungkin hidup dengan budaya tradisi yang beza sikit, tetapi kita semua sayangi Johor, ini negeri kita.

TJ : Ok last question, sebagai YB, muda dan cantik. You rasa, orang perempuan ni boleh jadi pemimpin ke? boleh jadi lebih baik pemimpin lelaki?

Eh, adakah ini satu soalan juga?! Hahaha..

Bagi saya, tiada seorang pun yang dilahir sebagai pemimpin. Keupayaan kepimpinan dipelajari sepanjang umur. Ramai perempuan diajar supaya ikut arahan dan jadi seorang perempuan yang taat kepada keluarga mereka, tu sebab ramai orang fikir perempuan ni tak reti dalam kepimpinan.

Sebenarnya, saya rasa ni cuma proses pendidikan sosial. Lelaki pun bukan dilahir terus boleh jadi pemimpin, maka mereka tiada pilihan turut belajar taktik kepimpinan. Kalau perempuan diajar sejak masa kecil, perempuan juga boleh mencapai rekod sama dengan lelaki.

TJ : Thanks Suki.

Welcome bro.

 

YB Wong Shu Qi, ADUN Senai.

Terpilih sebagai Wakil Rakyat pada 2013 (PRU 13)

 

 

Mengenai tjadmin

Check Also

Oliver-Stone-poster

Temubual Pengarah Snowden, Oliver Stone

Oleh : Wartawan Independent Soalan : Sejauh mana kesukaran anda membuat filem ini? Oliver Stone ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>